ELAK BANJIR, SPR DINASIHAT ADAKAN PRU-15 DALAM TEMPOH TERDEKAT

339
SHARES
2k
VIEWS
Apabila Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah memperkenan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober semalam, baginda turut menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 dalam tempoh terdekat.
Nasihat Baginda ini adalah dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November 2022.
Sebelum itu baginda turut menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa negara dan tiada pilihan selain memperkenan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil. 
Semoga semua pihak dapat berdoa agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir.
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts