SYED SADDIQ DIPERINTAH BELA DIRI

340
SHARES
2k
VIEWS

 

Mahkamah Tinggi hari ini memerintah kan bekas Menteri Belia dan Sukan Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri atas empat pertuduhan rasuah apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dalam pertuduhan ke atasnya.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid memberitahu bahawa keputusan itu dibuat selepas beliau mempertimbangkan semua keterangan daripada pihak pendakwaan dan telah memberikan penilaian sebaik mungkin. Beliau berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan yang telah berjaya membuktikan prima facie bagi keempat-empat pertuduhan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Muar tersebut.

Syed Saddiq kelihatan tenang apabila keputusan dibacakan di penghujung pendakwaan. YA Azhar kemudiannya berkata tertuduh mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu pertama, berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, kedua adalah dengan memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pihak pendakwaan dan ketiga memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dengan pihak pendakwaan diberi peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili kluster mahkamah termuda itu berkata anak guamnya memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah. Mahkamah menetapkan perbicaraan pembelaan bermula 22 hingga 24 Februari, 13 hingga 14 Mac dan 10 hingga 14 April tahun hadapan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts