RAKYAT SARAWAK MAHU PEMIMPIN DAYAK DIBERI PELUANG SEBAGAI CALON TPM2

344
SHARES
2k
VIEWS

Selepas kerajaan dibentuk minggu lepas, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjanji akan melantik calon Timbalan Perdana Menteri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan ramai menjangkakan calon pemimpin daripada bangsa Dayak akan dilantik ke jawatan kanan tersebut.

Sungguhpun begitu, wujud pula dakwaan bahawa Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB),  dijadikan sebagai calon tunggal, yang menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat Sarawak.

Tinjauan juga menunjukkan bahawa Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Setiausaha Agung PBB daripada bangsa Dayak memperoleh jumlah yang tertinggi, diikuti oleh Fadillah dan bekas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Dato’ Sri Nancy Shukri, juga daripada PBB.

Sebagai rekod, bangsa Dayak merupakan komposisi bangsa terbesar di Sarawak, mengatasi Melayu dan Cina. Adalah diharapkan pemimpin-pemimpin Melayu di Semenanjung dapat membantu Perdana Menteri yang baharu dilantik untuk membuat pemilihan yang saksama dan jawatan yang julung-julung kali diadakan ini wajar dianugerahkan kepada bangsa Dayak yang selama ini kekal setia dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts