• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, January 27, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

MAHIADDIN WAJAR BERHENTI MERENGEK DAN MEROYAN – ZAHID

Beliau juga meminta agar bekas Perdana Menteri ke-8 itu belajar menghormati proses dan keputusan yang dibuat oleh YDP Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
December 4, 2022
in Semasa, Utama
0
MAHIADDIN WAJAR BERHENTI MERENGEK DAN MEROYAN – ZAHID
13
SHARES
139
VIEWS

Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas bekas Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Mahiaddin Yassin sebagai tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan menasihatkan beliau agar berhenti ‘merengek’ serta ‘meroyan’ apabila tidak dapat menerima hakikat telah gagal menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan.

Zahid juga meminta Mahiaddin agar belajar menjadi pembangkang berwibawa serta menghormati proses dan keputusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu dalam menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

“Muhyiddin perlu menghormati segala pelantikan ini. Tindakan Muhyiddin dan sekutunya yang cuba mempertikaikan segala pelantikan ini adalah gambaran wajah sebenar Muhyiddin dan sekutunya yang tidak menghormati institusi Raja-Raja Melayu.” 

“Muhyiddin dan sekutu perlu belajar menjadi pembangkang berwibawa dan bukannya merengek serta meroyan tidak dapat menerima hakikat beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan gagal membentuk kerajaan. Belajarlah menghormati proses dan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu”.

Beliau juga menegaskan, kerajaan yang terbentuk hari ini bukanlah kerajaan Pakatan Harapan, sebaliknya Kerajaan Perpaduan hasil gabungan kerjasama antara parti terbesar dan parti-parti kecil lainnya. 

“Muhyiddin lupa kuasa pelantikan Perdana Menteri ialah atas kuasa baginda Yang Di-Pertuan Agong yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.“

“Begitu pelantikan Kabinet. Perdana Menteri sudah mempersembahkan senarai semua ahli jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi mendapat perkenan baginda. Selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, barulah diumumkan oleh Perdana Menteri,” tambahnya.

Kenyataan Zahid yang dipetik di laman Facebook-nya itu dibuat setelah melihat Mahiaddin seolah-olah terus meroyan apabila gagal dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak sampai 24 jam Kabinet mengangkat sumpah, Mahiaddin menuduh pembentukan kerajaan dan Kabinet tertubuh atas penipuan terhadap mandat rakyat yang tidak mempunyai sebarang keabsahan untuk berfungsi sebagai badan eksekutif tertinggi negara.

Bagi netizen pula lebih mudah, mereka melihat Mahiaddin ‘merengek’ dan ‘meroyan’ mungkin kerana risaukan jumlah RM600 bilion yang dibelanjakan sepanjang darurat akan disiasat oleh pentadbiran Perdana Menteri ke-10 Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Belum tentu Mahiaddin dan kerajaannya ketika itu bersalah tetapi penggunaan yang sebegitu besar dan meragukan sudah tentu perlu diberi perhatian dan dijelaskan kepada semua pihak. Siasatan ini tidak sukar kerana Anwar sendiri kini sudah menjadi Menteri Kewangan maka ia lebih mudah dijalankan. Cuma isu RM600 bilion ini jangan terlalu lama ‘diperam’, kelak rakyat pula akan sangsi dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan. 

Tags: Kerajaan PerpaduanMajlis Raja-rajaMuhyiddinRM600 bilion daruratYDP AgongZahid
Previous Post

NANGA ANTAWAU URGES AT LEAST TWO CANDIDATES FOR TPM2

Next Post

KERAJAAN JANGAN TERLALU LAMA ‘PERAM’ ISU PERBELANJAAN RM600 BILION

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

UMNO TIDAK RELEVAN? – DR. RAMALAN YUNUS

UMNO TIDAK RELEVAN? – DR. RAMALAN YUNUS

January 15, 2023
WAJARKAH RAMASAMY KRITIK ZAHID DAN UMNO?

WAJARKAH RAMASAMY KRITIK ZAHID DAN UMNO?

January 15, 2023
APA JUA PERANCANGAN POLITIK WAJAR MENDAPAT RESTU PIMPINAN TERTINGGI

APA JUA PERANCANGAN POLITIK WAJAR MENDAPAT RESTU PIMPINAN TERTINGGI

January 15, 2023
SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TURUT TERLIBAT ISU RM600 BILION

SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TURUT TERLIBAT ISU RM600 BILION

December 6, 2022
DANA JUDI: TAKIYUDDIN JANGAN GOPOH, SAYA ADA DOKUMEN – ANWAR

DANA JUDI: TAKIYUDDIN JANGAN GOPOH, SAYA ADA DOKUMEN – ANWAR

December 6, 2022
TENDER RM7 BILION TEBATAN BANJIR DIBATAL, AKAN DIKAJI SEMULA 

TENDER RM7 BILION TEBATAN BANJIR DIBATAL, AKAN DIKAJI SEMULA 

December 6, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In