TENDER RM7 BILION TEBATAN BANJIR DIBATAL, AKAN DIKAJI SEMULA 

82
SHARES
266
VIEWS

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata RM7 bilion yang telah diluluskan untuk inisiatif tebatan banjir tidak akan diteruskan dan akan do semak semula. Menurutnya, ini kerana inisiatif tersebut telah diluluskan secara rundingan terus dan tidak melalui tender terbuka.

Menurut beliau lagi, jumlah yang diperuntukkan itu walaupun adalah untuk menyelesaikan masalah banjir tetapi kerana jumlahnya yang amat besar maka perlu ada ketelusan dalam penganugerahannya.

Sebagai rekod, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Rancangan Tebatan Banjir bernilai RM15 bilion yang akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2030 sebagai strategi jangka panjang untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim yang dihadapi negara.

Semoga pelbagai lagi keraguan dalam penganugerahan tender sebelum ini dapat disiasat, termasuk dalam isu pemberian tender kepada bekas menteri-Menteri Perikatan Nasional dan proksi-proksi mereka yang kini semua dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Perdana Menteri.

Selain itu, pelbagai salah laku sebelum ini termasuk isu monopoli beras, kehilangan wang pampasan lebih RM200 bilion daripada kerajaan Jepun, skandal RM600 bilion yang telahpun dipastikan mempunyai masalah serta puluhan juta yang disimpan di bilik Tan Sri Mahiaddin Yassin perlulah disiasat segera. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts