DANA JUDI: PN AKAN SAMAN JIKA ANWAR GAGAL KEMUKA BUKTI

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Perikatan Nasional melalui Datuk Takiyuddin Hassan menuntut Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti Perikatan Nasional (PN) menggunakan dana daripada syarikat perjudian dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. 

Setiausaha Agung PAS itu berkata tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan PAS menuntut Perdana Menteri memberikan bukti terhadap tuduhan berkenaan. Sekiranya Anwar gagal, Perikatan Nasional akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak yang memfitnah. Sebelum itu Anwar dipetik berkata, “Sama ada anda menggelar parti anda sebagai parti Melayu atau parti Islam, dana itu datangnya daripada syarikat perjudian,” yang didedahkannya ketika mengumumkan pengurangan cabutan judi daripada 22 ke 8 cabutan setahun. 

Sama ada Perdana Menteri hanya membuat andaian atau sememangnya Perikatan Nasional terlibat dengan syarikat perjudian seperti yang didakwa, sama-sama kita tunggu kebenarannya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts