KUMPULAN UMNO KHIANAT AKHIRNYA ‘DIBERSIHKAN’

88
SHARES
284
VIEWS

Seperti dijangkakan, pimpinan tertinggi UMNO membuat ketetapan tegas untuk menyingkirkan beberapa pemimpin UMNO yang selama ini menjadi duri dalam daging buat parti. Sepertimana wabak, gerakan pembersihan ini dilaksanakan bagi membendung penularannya yang semakin melemahkan parti serta mengakibatkan UMNO menanggung kekalahan besar di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lepas.

Antara yang dipecat ialah Tan Sri Noh Omar dan Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Manakala Ahli UMNO yang digantung hak-haknya dalam parti selama 6 tahun ialah YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan. Selain itu yang turut dipecat ialah dua ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, 2 ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang serta 26 ahli UMNO dari negeri Pahang. Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15.

Walaupun tindakan ini dilihat tidak wajar bagi sesetengah pihak, namun demi kelangsungan dan survival parti, inilah tindakan paling tepat yang sepatutnya dilakukan UMNO sebelum PRU-15 namun parti tersebut masih berlembut dan cuba memberi peluang agar mereka ini berubah. Tetapi malangnya kumpulan khianat ini masih tidak serik dan semakin melampau. 

Justeru, semoga gerakan pembersihan besar-besaran ini mampu membuatkan UMNO kembali diyakini oleh rakyat dan sekaligus mengembalikan kegemilangan parti tersebut sebagai satu-satunya kerajaan yang berjaya mentadbir negara dengan baik dan berupaya menjaga rakyatnya di sebalik pelbagai fitnah dan tuduhan yang dilemparkan.

Seperti kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi yang mengumpamakan tindakan tersebut sebagai ‘pedih’, tetapi perlu dilakukan. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts