UMNO yang terpaksa memilih bersama Pakatan Harapan berbanding Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan setelah dicadangkan oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, hari ini bertindak tegas menyingkirkan sekumpulan pengkhianat dalam UMNO yang selama ini menjadi gunting dalam lipatan.
Tindakan ini bertujuan bagi membendung elemen khianat dan sabotaj dalaman yang telah berlanjutan sejak sekian lama walaupun berkati-kali dinasihatkan dan diberi peluang untuk berubah, tetapi masih tidak serik malah semakin melampau mengkritik parti dan presiden. Selaku Presiden, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin tertinggi UMNO lain akhirnya terpaksa ‘retaliate‘ dalam satu tindakan yang dilihat “pedih tetapi perlu”, iaitu dengan memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin dan ahli UMNO yang membuat pelbagai kesalahan termasuk menjadi calon bebas dan membantu parti lawan ketika PRU-15.
Tindakan tegas yang diambil UMNO ini ini juga sekaligus ‘merencatkan’ perancangan keji sesetengah pihak yang mahu membubarkan UMNO, dengan cara menyingkirkan presidennya, kemudian akan bersama dengan Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perikatan Nasional – yang konsisten mahu ‘membunuh’ UMNO sejak tahun 2018.
Tentunya tindakan terkini UMNO menyingkirkan pengkhianat dan pensabotaj parti ini bakal mengundang kritikan tetapi hanya UMNO yang mengetahui apa yang berlaku di sebalik apa yang dilaporkan media. Memetik cadangan bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan (yang turut digantung selama enam tahun), bahawa UMNO perlu “research department dan intel” sendiri, tetapi tanpa beliau sedar, hakikatnya UMNO sejak dahulu sudahpun mempunyai research department dan intel-nya yang tersendiri – yang lebih tahu apa yang berlaku dalam partinya sendiri dan bukan mengambil tindakan melulu tanpa bukti yang kukuh.
Semoga yang dipecat dan digantung keahlian tidak akan ‘meroyan’ beriya dan sudah boleh mengisi borang menjadi ahli Bersatu atau PAS. Tentu Mahiaddin boleh memberikan jawatan tinggi buat mereka dalam Perikatan Nasional tetapi tentu dengan syarat, jangan cuba mencabarnya sebagai Presiden Bersatu.