• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 22, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

IBRAHIM ALI PELAWA AHLI UMNO YANG DIGANTUNG, DIPECAT SERTAI PUTRA

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
January 29, 2023
in Politik, Utama
0
IBRAHIM ALI PELAWA AHLI UMNO YANG DIGANTUNG, DIPECAT SERTAI PUTRA
12
SHARES
137
VIEWS

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) membuat pelawaan terbuka kepada semua ahli-ahli UMNO yang dipecat atau digantung baru-baru ini serta sesiapa sahaja yang kecewa dengan lain-lain parti untuk menyertai PUTRA. 

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, PUTRA membuka pintu seluas-luasnya kepada mereka yang berminat, serta berlapang dada dan menerima sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menyertai PUTRA dengan syarat berbangsa Melayu, peribumi dan beragama Islam. Tetapi bagi yang mempunyai kes jenayah, sedang didakwa atau dalam proses perbicaraan dan belum dibebaskan oleh mahkamah, mereka tidak dibenarkan menyertai PUTRA.

Ibrahim juga berkata, bekas ahli-ahli UMNO wajar memilih PUTRA kerana semangat asal penubuhannya adalah untuk menjadi wadah kepada orang Melayu sebagai kesinambungan perjuangan nasionalisme Melayu-Islam. Namun perjuangan ini terbantut dan terhalang kerana keruntuhan nilai-nilai kepimpinan bersih dan suci akibat salah guna kuasa dan rasuah segelintir pemimpin parti dan penyokong-penyokong mereka yang selama ini menjadi tunggak perjuangan umat Melayu. Beliau juga berkata Perlembagaan PUTRA hampir sama dengan Perlembagaan UMNO, malah matlamat kedua-dua parti itu juga sama. 

Menurutnya, dengan mengambil kira punca kegagalan UMNO, parti tertua dan kepimpinan nasionalisme Melayu yang dilanda  budaya rasuah dan salah guna kuasa yang melampau, PUTRA dengan tegas meletakkan penghayatan nilai-nilai kepimpinan bersih dan berakhlak sebagai terasnya agar perkara yang berlaku sebelum ini tidak lagi berulang.

Ibrahim berkias, adalah lebih mudah membina kekuatan dan belayar menggunakan bahtera baharu daripada kapal yang sudah rosak teruk. PUTRA adalah penjenamaan semula wadah politik nasionalisme bangsa Melayu yang menyediakan payung sebelum hujan untuk orang Melayu. Beliau akui, walaupun PUTRA masih ‘kerdil’ dan kalah teruk dalam percubaan pertama di PRU-15 antaranya kerana masih belum dikenali serta kekangan kewangan, namun partinya amat segar dari segi semangat, nama dan simbolnya.

Ibrahim menyeru, kepada mereka yang dipecat daripada parti masing-masing atau yang tidak berparti, kecewa dan tiada wadah untuk berjuang – maka sertailah PUTRA. Beliau yakin, dengan kuasa Allah SWT, PUTRA mampu menjadi parti yang kuat berbanding UMNO yang semakin lesu dan terpalit dengan berbagai isu serta sukar mendapat kembali keyakinan rakyat.

Akhir sekali, Ibrahim berkata mereka sedia mengketengahkan muka-muka baru yang yakin dengan PUTRA, malah turut boleh bersama dalam kepimpinan parti. Bagi yang sudah berada di dalam PUTRA terutamanya pengasas parti, mereka bersedia untuk memberi laluan dan akan menyokong serta berkerja keras bagi mencapai kemenangan dalam perjuangan bersama. Yang lebih utama ialah umat Melayu-Islam dan peribumi selamat serta ketuanan Melayu tidak dipijak orang.

Tags: Hishamuddin Tun HusseinIbrahim AliKhairyNoh OmarPUTRA
Previous Post

ZAHID, MKT UMNO TEGAS SINGKIR ELEMEN KHIANAT DAN SABOTAJ DALAMAN PARTI

Next Post

ASIA CODING BUKAN MILIK DATAPREP, WIDAD

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

KISAH ISMAIL SABRI YANG ‘BAIK’ DAN ‘SUCI’

KISAH ISMAIL SABRI YANG ‘BAIK’ DAN ‘SUCI’

February 19, 2023
TUN MAHATHIR BAKAL SERTAI PUTRA, SUDI JADI PENASIHAT

TUN MAHATHIR BAKAL SERTAI PUTRA, SUDI JADI PENASIHAT

February 19, 2023
PEMIMPIN PAS, BERSATU SALAH-MENYALAH SIAPA CADANG KHAIRY MENTERI BESAR

PEMIMPIN PAS, BERSATU SALAH-MENYALAH SIAPA CADANG KHAIRY MENTERI BESAR

February 6, 2023
SANGGUP PAS SEDEKAH JAWATAN MENTERI BESAR KEPADA KHAIRY?

SANGGUP PAS SEDEKAH JAWATAN MENTERI BESAR KEPADA KHAIRY?

February 6, 2023
KHAIRY MAKIN ‘KEMARUK’ MAHU JADI PERDANA MENTERI

KHAIRY MAKIN ‘KEMARUK’ MAHU JADI PERDANA MENTERI

January 31, 2023
APA NILAI DIBAWA KHAIRY DALAM UMNO?

APA NILAI DIBAWA KHAIRY DALAM UMNO?

January 31, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In