AMALAN PASARAYA LOTUS’S SEDIA ‘MENU RAHMAH’ SEJAK SEKIAN LAMA WAJAR DICONTOHI

178
SHARES
573
VIEWS

Sesiapa yang selalu berkunjung ke food court atau medan selera Pasaraya Lotus’s, pasti akan dapat melihat iklan mengenai “MENU RM5” di setiap gerai yang berada di bawah premis makanan tersebut. Sama ada masakan siam, penjual laksa dan mi kari, masakan mamak sehinggalah nasi campur pasti akan melihat iklan menu berharga RM5 mereka ini.

Jika ada 15 peniaga makanan di sana, maka rakyat mempunyai 15 pilihan juadah untuk dibeli dengan harga hanya RM5. Tetapi ketika itu tentu tiada mana-mana rakyat ataupun pihak kerajaan yang perasan mengenai ini sehinggalah Menu Rahmah diperkenalkan di seluruh negara. 

Apabila kerajaan memulakan program atau inisiatif ini, dengan mudahnya pasaraya seperti Lotus’s yang telah menyediakan ‘Menu Rahmah’ sejak sekian lama melaksanakannya kerana menu tersebut sudahpun tersedia sejak sekian lama. Malah tidak keterlaluan dikatakan, mungkin Pasaraya Lotus’s ini menjadi pelopor yang pertama melaksanakannya, di mana mereka bukan sahaja wajar dipuji, tetapi perlu dicontohi oleh setiap pasaraya dan medan selera lainnya. 

Apapun, syabas Lotus’s dan pengurusannya yang sudah sekian lama berfikir di luar kotak dan memanfaatkan rakyat terbanyak dalam menyediakan “menu mampu beli” bernilai hanya RM5. Diharapkan semoga peniaga makanan di luar sana juga mula mencontohi Pasaraya Lotus’s dengan menyediakan menu dan juadah yang mampu dibeli oleh rakyat terbanyak.

Jika Lotus’s boleh lakukannya, tiada alasan untuk pihak lain tidak mencubanya.

(Sebagai rekod, ini bukan iklan berbayar di mana pihak Editor Malaysia hanya membuat artikel ini bagi menonjolkan inisiatif murni sebuah pasaraya yang sejak sekian lama menyediakan MENU RM5 yang wajar dicontohi setiap rangkaian penyedia makanan dan pasaraya serta medan selera di seluruh negara)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts