SANGGUP PAS SEDEKAH JAWATAN MENTERI BESAR KEPADA KHAIRY?

88
SHARES
283
VIEWS

Bekas pemimpin UMNO yang dipecat dan masih gigih mencanangkan dirinya mahu menjadi Perdana Menteri iaitu saudara Khairy Jamaluddin, kini membuat kenyataan ada pihak menawarkannya jawatan Menteri Besar sekiranya menang.

Mungkin beliau lupa, dirinya bukan ahli lama ataupun pemimpin mana-mana parti, malah jika di Selangor tentu lebih baik jawatan Menteri Besar disandang oleh pemimpin kanan PAS yang tentu mahu berkuasa juga, selain Azmin Ali yang tidak sabar-sabar mahu menjawat kembali jawatan lamanya.

Sebelum dilantik, tentu Khairy akan menyertai PAS atau Bersatu terlebih dahulu, tetapi adakah kedua-dua parti tersebut bersedia memberi jawatan tinggi itu kepada Khairy yang baru menjadi ahli? Justeru, nafsu besar Khairy ini dilihat bakal merosakkan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional yang sudah sekian lama ‘mengintai’ jawatan tersebut, itupun sekiranya Pakatan Harapan berjaya ditumbangkan.

Demi politik, apapun tidak mustahil bagi PAS, hatta rasuah yang diharamkan dalam agamapun digelar sedekah demi menghalalkannya. Apapun, sekalung tahniah kepada PAS dan Bersatu yang sanggup bersedekah jawatan Menteri Besar kepada Khairy. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts