SIAPAKAH SEBENARNYA DI SEBALIK CHARLIE HEBDO?

113
SHARES
364
VIEWS

Majalah kartun terbitan mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang berterusan bersikap biadap dan melampau, kini meneruskan ‘tradisi’ mereka yang mempromosikan Islamophobia dan kebencian. Yang terkini mengenai gempa bumi di Turkiye, di mana majalah tersebut terus menerima kritikan negatif dari seluruh dunia.

Tulisan pada kartun yang diterbitkan mereka amat biadap, yang dilakukan pada hari gempa bumi berlaku berbunyi, “Meme pas besoin d’envoyer de chars” yang bermaksud “Tidak perlupun menghantar kereta kebal” – konon bagi menyindir kemusnahan di sana tanpa perlu dihantar jentera perang untuk menghancurkannya. 

Bukan hanya Turkiye dan negara Islam lain, malah beberapa negara Eropah turut bertindak balas terhadap kartunnya. Bagi masyarakat dunia, musibah yang melanda Turkiye ini melangkaui sempadan negara dan agama, ia tidak boleh dipandang ringan dan amat keterlaluan jika Charlie Hebdo mengambil kesempatan mempermainkan isu tersebut.

Tatkala Turkiye dan Iran dilanda gempa dan dunia bersolidariti dengannya, majalah kartun tersebut dilihat sengaja menyakiti hati umat Islam terutamanya rakyat Turkiye yang terkesan teruk dengan bencana tersebut. Walaupun Charlie Hebdo berselindung di sebalik kalimat memperjuangkan kebebasan ekspresi ataupun kebebasan suara tetapi provokasi sebegini wajar dihentikan.

Bantahan demi bantahan sudahpun dilakukan malah sejak tularnya karikatur menghina Rasulullah SAW yang dibuat oleh mereka, masyarakat dunia berterusan mendesak kerajaan Perancis mengharamkan majalah tersebut tetapi malangnya negara itu masih berlembut atas alasan kebebasan ekspresi dan suara.

Mungkin inilah masanya Perancis menilai kembali polisi mereka terhadap hak mengamalkan agama yang perlu dilindungi dan mana-mana pihak yang biadap dan melampau seperti Charlie Hebdo, wajar ditamatkan serta-merta. Bukan lagi berbasa-basi mencari alasan untuk menghalalkan tindakan.

Atau, mungkinkah ada individu atau ‘organisasi’ berpengaruh di sebalik Charlie Hebdo, kerana majalah tersebut dilihat terlalu kebal untuk disentuh hatta oleh negaranya sendiri?  Persoalannya, siapakah ‘mereka’? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts