APA BEZA RAMASAMY DAN HANIS?

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Masalah hukuman antara dua darjat dilihat masih berlaku di negara ini, terutamanya yang melibatkan golongan marhaen dan kaum kayangan di negara ini, walaupun Perdana Menterinya bersilih ganti. Tukarlah Perdana Menterinya berpuluh kali sekalipun, pasti golongan kayangan yang berpengaruh ini tetap diberi layanan berbeza berbanding rakyat biasa. Realitinya, golongan kayangan akan diberi layanan lebih baik terutamanya pemimpin dari parti yang memerintah. 

Sebagai contoh, jika Hanis Nadiah Onn, seorang pemain hoki negara boleh dikenakan tindakan gantung hanya kerana membuat komen berbaur perkauman walaupun bergurau, tetapi Ramasamy Palanisamy yang berjawatan Timbalan Ketua Menteri II, dilepaskan begitu sahaja walaupun pihak polis mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya di mahkamah kerana pembabitannya bersama LTTE.

Sepatutnya dalam kes Ramasamy, penglibatannya bersama kumpulan pengganas itu perlu dikenakan tindakan keras, apatah lagi apabila kesalahannya jauh lebih serius dan impaknya juga sangat besar. Jika sebelum ini seorang perempuan Melayu-Islam boleh dipenjarakan hanya kerana memiliki buku Daesh ketika di lapangan terbang, dalam kes Ramasamy pula pihak polis akui mempunyai bukti kukuh beliau terlibat bersama militan LTTE.

Walaupun Ramasamy (yang tidak menafikan pembabitannya) memberi alasan bersimpati kepada LTTE, dengan justifikasi kononnya sama seperti umat Islam lain bersimpati kepada Palestin, tetapi jelas ia jauh tersasar kerana menyalahi undang-undang negara. Ini kerana Malaysia menetapkan LTTE sebagai entiti pengganas yang melawan pemerintah negaranya sendiri manakala Palestin pula diiktiraf oleh negara ini sebagai sebuah negara yang menentang pencerobohan rejim Yahudi Zionis yang menjarah setiap inci negara mereka.

Selain tu, Ramasamy perlu mengikut lunas undang-undang negara ini dan bukannya mengikut undang-undang acuan Barat yang mengiktiraf negara haram Israel ataupun LTTE. Jika beliau mahu mengikut undang-undang negara lain maka beliau dengan segala hormatnya digesa memohon kerakyatan negara tersebut – maka barulah tiada percanggahan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara ini. 

Kembali kepada Hanis, jika beliau boleh dihukum gantung daripada mewakili negara walaupun setelah membuat permohonan maaf, kenapa tidak Ramasamy yang bukan sahaja membela pengganas LTTE tetapi berbangga dengan tindakan tersebut? Lebih teruk beliau tidak pernahpun meminta maaf kepada rakyat negara ini di atas kesalahannya itu malah tidak melalui proses mahkamahpun kerana kesnya digugurkan di zaman Pakatan Harapan memerintah. 

Justeru, jika golongan marhaen yang mewakili negara boleh dikenakan tindakan tegas hanya kerana komen beliau, kenapa kaum kayangan berjawatan Timbalan Ketua Menteri II yang kesalahannya jauh lebih besar masih kebal tidak didakwa sehingga kini? Tidak bolehkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membuat reformasi institusi secara menyeluruh, memulakannya dengan membuka kembali kes Ramasamy yang terlibat dengan militan? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts