TUN MAHATHIR BAKAL SERTAI PUTRA, SUDI JADI PENASIHAT

70
SHARES
225
VIEWS

Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tiada masalah menerima pelawaan menyertai PUTRA yang dibuat oleh Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali, sekaligus menjadi penasihatnya. Kini negarawan itu sedang memikirkan tawaran berkenaan dengan mendalam tetapi dilihat bakal menerima tawaran tersebut kerana sesuai dengan perjuangannya. 

Setakat ini, saya tidak nampak sebab yang saya tidak boleh terima untuk sertai PUTRA tetapi saya selalu beri masa kepada saya untuk memikir dengan mendalam sebelum buat keputusan.”

Jemputan untuk saya sertai parti PUTRA sesuai dengan perjuangan saya. Saya akan meneliti sama ada sesuai atau tidak dengan saya, kalau sesuai saya akan buat permohonan untuk menjadi ahli, kemudian kalau nak bagi saya jadi penasihat, bolehlah saya jadi penasihat.

Kenyataan ini dibuat beliau pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini. 

Sebagai rekod, Datuk Ibrahim Ali telah mempelawa Tun Mahathir menyertai parti berusia empat tahun itu selepas Ahli Dewan Tertinggi PUTRA yang bermesyuarat hari ini bersetuju menerima beliau sebagai sebahagian daripada keluarga PUTRA. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts