• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 22, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

NAZIF TERIMA REAKSI POSITIF AHLI UMNO

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
March 2, 2023
in Laporan, Utama
0
NAZIF TERIMA REAKSI POSITIF AHLI UMNO
21
SHARES
238
VIEWS

Langkah Datuk Mohamad Nazifuddin Najib menawarkan diri bertanding Ketua Bahagian Langkawi mendapat reaksi positif daripada ahli-ahli parti itu.

Rata-rata ahli menyambut baik dan melihat Nazifuddin mampu melakukan perubahan besar terutama pentadbiran UMNO Langkawi agar efektif dan kembali sebagai kubu kuat parti itu. Tinjauan Editor Malaysia mendapati Nazifuddin disenangi ramai walaupun baru berjinak-jinak dengan bahagian tersebut tahun lalu.

Lebih menarik perhatian, beliau mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin politik utama di Langkawi mahupun Kedah. Ketika dihubungi Editor Malaysia, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan menggalakkan yang diterimanya setakat ini.

“Saya berjanji untuk memberi khidmat sebaik mungkin dan membina solidariti teguh bersama seluruh ahli UMNO Langkawi,” katanya yang juga ahli UMNO bahagian tersebut.

Selain Ketua Bahagian Langkawi, Nazifuddin menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda. Bulan lepas beliau yang merupakan anak mantan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengesahkan akan bertanding kedua-dua jawatan tersebut, yang mencetuskan perhatian ramai.

Dalam pengumuman sebelum ini, beliau yakin akan diterima baik di peringkat akar umbi Langkawi selepas sudah mengadakan pertemuan dengan lebih 70 peratus daripada 103 cawangan di bahagian berkenaan.

“Saya bertanding sebab rasa kebanyakan daripada 103 cawangan yang ditemui memberi sokongan penuh. Itulah sebab saya menawarkan diri,” katanya.

Berhubung jawatan Naib Ketua Pemuda, Nazifuddin berharap akan menjadi sandaran ahli-ahli sayap itu di seluruh negara. Beliau melihat UMNO mempunyai peluang cerah untuk bangkit cemerlang walau apapun cabaran dan dugaan sebelum ini.

Katanya, kebangkitan ini perlu dibina dengan menjadikan orang muda sebagai pasak UMNO bagi membawa parti itu sebagai pilihan utama rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

Atas kertas Nazifuddin mempunyai peluang yang baik untuk menang kedua-dua jawatan tersebut. Pembawaanya yang sederhana, mesra dan mudah didampingi akan menjadi faktor kelebihan.

Bukan itu sahaja di sebalik kekuatan dan potensi beliau, Nazifuddin dilihat tokoh muda yang berwibawa, mempunyai rangkaian hubungan antarabangsa, pengalaman luas dalam pertubuhan sukan nasional dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan di belakang tabir.

“Selepas Ketua UMNO Bahagian Langkawi, (Datuk Nawawi Ahmad, 61) meninggal dunia (tahun lalu) dan apabila berlaku kekosongan, ramai yang mencari saya kerana mereka faham Langkawi memerlukan anak muda yang biasa dengan platform antarabangsa untuk bawa Langkawi ke arah yang lebih maju sebagai satu pulau pelancongan,” katanya.

Bukan di Langkawi sahaja. Beliau menerima banyak permintaan daripada ahli-ahli Pemuda agar bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda dan akhirnya menyahut seriuan mereka demi masa depan perjuangan UMNO.

“Ini semua bukan untuk diri saya tetapi demi agama, bangsa dan negara serta agar UMNO mampu menakhodai perjuangan kini dan masa depan,” katanya.

Tags: Bahagian LangkawiMohamad Nazifuddin NajibPemilihan UMNO
Previous Post

UMNO MASIH RELEVAN, TIDAK TANDUS PEMIMPIN – SHAHAR ABDULLAH

Next Post

AZMIN, MAHIADDIN TIDAK LAYAK PERTIKAI KENAPA PEMIMPIN BERSATU DIDAKWA

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

March 16, 2023
LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

March 16, 2023
MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

March 15, 2023
KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

March 15, 2023
ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

March 10, 2023
ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

March 10, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In