• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Thursday, March 23, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KETUA PEMUDA: SHAHAR, AKMAL ATAU ARMAND?

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
March 9, 2023
in Politik, Utama
0
KETUA PEMUDA: SHAHAR, AKMAL ATAU ARMAND?
26
SHARES
285
VIEWS

Ketika lebih perhatian diberikan kepada Exco Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, peluang kepada dua calon pesaing semakin cerah.

Berdasarkan perkembangan setakat ini, Akmal mendapat sokongan penuh daripada Presiden UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi (yang akan habis tempoh pada pemilihan nanti). Ia sudah menjadi rahsia terbuka dalam UMNO termasuk di bahagian-bahagian.

Zahid telah menyatakan sokongannya untuk Akmal dalam mesejnya secara tertutup kepada kebanyakan bahagian UMNO. Ini menjadikan beliau calon yang direstui oleh Presiden parti. Asyraf pula tidak lagi berselindung mahukan Akmal sebagai Ketua Pemuda yang baru dan begitu aktif dalam membantu kempen Akmal.

Ramai melihat keadaan tersebut mempunyai kesan positif mahupun negatif kepada Akmal. Dengan bantuan Zahid dan Asyraf, ia boleh memberi kelebihan kepada Akmal. Namun ia juga boleh ‘backfire’ lalu membuka peluang lebih baik kepada calon lain terutama Datuk Mohd Shahar Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Paya Besar dan bekas Timbalan Menteri Kewangan.

Sokongan Zahid dan penglibatan Asyraf secara ketara membantu Akmal dilihat sebagai ‘campur tangan’ atasan, yang menyebabkan ramai ahli Pemuda tidak selesa. 

Setakat ini, kempen Shahar mendapat sambutan yang baik dan populariti beliau meningkat melalui mesej solidariti dan pengukuhan parti. Pengalaman sebagai Timbalan Menteri Kewangan, kedudukan sebagai Ahli Parlimen pada masa ini serta pernah tewas agak tipis jawatan Ketua Pemuda musim pemilihan lepas, menjadi faktor pilihan ramai.

Selain itu, faktor simpati kepada Shahar akan turut memberi kesan positif kepada beliau di saat-saat akhir kempen. Senario sama juga boleh memihak kepada seorang lagi calon Datuk Armand Azhar Abu Hanifah walaupun beliau berdepan kes disiplin parti.

Hari ini, Armand mendakwa wujud ugutan dan tekanan oleh pihak tertentu ke atas perwakilan Pemuda bahagian yang bersidang minggu ini untuk menyokong calon tertentu.

“Jangan takut dengan tekanan mana-mana pihak,“ kata Armand yang juga Ahli Dewan Negara. Selain Akmal, Shahar dan Armand, seorang lagi calon Ketua Pemuda adalah ahli UMNO, Meor Hassan Mat Ali.

Namun berdasarkan maklum balas ahli-ahli Pemuda UMNO akar umbi setakat ini, Shahar menjadi pilihan terbaik dan mendapat rating tertinggi sejak beberapa hari lalu.

Sayap parti itu akan bersidang Sabtu ini untuk memilih barisan kepimpinan pada peringkat bahagian dan pusat.

Tags: Armand AdzaKetua Pemuda UMNOMohd. Shahar AbdullahMuhamad Akmal SalehPemilihan UMNO
Previous Post

USJT BUKIT AMAN SIASAT HADI

Next Post

AZALINA, ZAMBRY KE EROPAH URUS TUNTUTAN KUMPULAN SULU

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

March 16, 2023
LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

March 16, 2023
MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

March 15, 2023
KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

March 15, 2023
ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

March 10, 2023
ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

March 10, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In