• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Thursday, March 23, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

JOHARI BAHARUM TANDING MKT PADA PEMILIHAN UMNO 2023

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
March 10, 2023
in Politik, Utama
0
JOHARI BAHARUM TANDING MKT PADA PEMILIHAN UMNO 2023
14
SHARES
161
VIEWS

Antara calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) pada Pemilihan UMNO 2023-2026 kali ini menonjolkan beberapa nama lama antaranya ialah Dato’ Sri Mohd Johari Bin Baharum.

Beliau yang pernah menggalas tugas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Pertahanan serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berazam untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO agar kembali mendominasi politik negara di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak. 

Selain itu beliau turut bertekad membantu partinya yang berdepan episod sukar apabila nyaris terkubur pada PRU-14 serta kehilangan banyak kerusi pada PRU-15 dengan mengadakan lebih banyak penerangan secara bersemuka dan dalam talian, dengan memanfaatkan teknologi yang ada pada hari ini.

Menurut Johari, ketika ini pemimpin-pemimpin UMNO perlu berani ke depan membantu parti tanpa mengharapkan sebarang ganjaran bahkan inilah masanya untuk membuktikan kesetiaan masing-masing dan bukannya saling salah-menyalah atau menuding kepada sesiapa. Menurut beliau lagi, apa yang penting ketika ini ialah kesatuan dalam parti serta bersama-sama memperjuangkan agenda parti selain perlu elakkan sebarang agenda yang lebih bersifat peribadi. 

Johari sebelum ini merupakan Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Kubang Pasu selama tiga penggal, selain pernah menjawat jawatan YDP Persatuan Mencegah Dadah Malaysia pada tahun 2007 sehingga 2016 serta Presiden Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia pada 2017 dan berpendidikan Sarjana Sains Pendidikan Sumber dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Sebagai rekod, ketika menjadi Timbalan Menteri Pertahanan, beliau bertanggungjawab membantu warga veteran ATM berdepan kos sara hidup yang tinggi. Antaranya ialah dengan melaksanakan beberapa inisiatif seperti Bantuan Bakti Negara (BBN) dan Insentif Khas Insurgensi kepada veteran ATM yang dilancarkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, yang mula dibayar kepada 2,939 veteran ATM dan waris mereka pada 19 Mei 2017.

Tags: Johari BaharumMKT UMNOPemilihan UMNO
Previous Post

MAHIADDIN ‘MENGAKU’ TERIMA RASUAH?

Next Post

ABDUL FATTAH CALON TIMBALAN PENGERUSI TETAP UMNO

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

AZALINA DILANTIK KETUA PENERANGAN UMNO, ISHAM UCAP TAHNIAH

AZALINA DILANTIK KETUA PENERANGAN UMNO, ISHAM UCAP TAHNIAH

March 22, 2023
ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

March 16, 2023
LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

March 16, 2023
MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

March 15, 2023
KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

March 15, 2023
ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

March 10, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In