ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

84
SHARES
271
VIEWS

Kelihatan paluan ‘gendang’ perang saraf sudahpun bermula dalam pelbagai jawatan yang dipertandingkan pada Pemilihan UMNO 2023-2026 kali ini. Fokus mengenai isu ini disasarkan pada pemilihan di Jerantut di mana ia melibatkan calon nombor 11, Dato’ Rozilan Salleh yang digembar-gemburkan akan menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian.

Sungguhpun begitu, beliau telahpun menyiarkan kenyataan menafikan perkara tersebut di laman Facebook-nya petang tadi namun tetap tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Dalam masa yang sama Rozilan tidak menolak kemungkinan bahawa desas-desus ini “hanyalah permulaan” dan akan terus istiqamah serta berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.

Saya telah menerima panggilan daripada rakan-rakan yang ingin membuat pengesahan, bertanyakan mengenai keputusan saya bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.”

“Ada rakan-rakan memaklumkan kepada saya, mereka menerima maklumat dan pertanyaan bahawa saya telah menarik diri daripada bertanding pada pemilihan kali ini.

Saya ingin menafikan sama sekali desas desus berkenaan. Sebaliknya saya akan terus dengan keputusan bertanding Timbalan Ketua Bahagian Jerantut.”

Rozilan turut menasihatkan agar semua yang terlibat dalam pertandingan kali ini mampu mengamalkan politik matang, tanpa memburukkan mana-mana calon atau pihak lain. Beliau turut berdoa semoga semuanya dilindungi Allah SWT.

Sebagai rekod, Rozilan mempunyai peluang cerah untuk terpilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut di mana sikap beliau yang mudah mesra dengan semua pihak dan merendah diri tanpa meremehkan calon lain, selain iltizam kuat untuk memperbaiki dan memulihkan UMNO, dilihat sebagai ‘senjata’ ampuh beliau berdepan dengan pemilihan kali ini.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts