• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 22, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN

Beliau merupakan satu-satunya calon wanita yang bersaing bagi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
March 15, 2023
in Politik, Utama
0
KERJA SUKARELAWAN, PENDIDIKAN JADI ASAS PERJUANGAN FADILAH SALLEHUDDIN
20
SHARES
219
VIEWS

“UMNO sebuah wadah perjuangan” – ternyata ungkapan ini bukan hanya sebuah ‘hashtag’ atau slogan lapuk yang kerap dilaungkan dalam ucapan-ucapan di mesyuarat atau perhimpunan  UMNO yang berlangsung di peringkat bahagian mahupun nasional. Jika diselami dan diikut susur-galur sejarah parti UMNO itu sendiri, ia memang tidak lari daripada objektif yang memperjuangkan keringat untuk mencapai kemerdekaan negara, memartabatkan agama dan bangsa sejak lebih 60 tahun lalu. 

Peredaran masa dan perubahan lanskap politik yang berlaku dalam negara dan khususnya di daerah Jerantut ketika ini, telah dilihat sebagai cabaran utama yang mendorong wakil sayap Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Puan Hajah Fadilah Binti Sallehuddin, mengambil keputusan untuk bertanding dan menjadi calon bagi jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan parti peringkat bahagian yang bakal berlangsung pada 18 Mac ini.

Beliau yang telah menjadi ahli UMNO sejak 34 tahun lalu meletakkan rasa setia dan sayang beliau kepada parti UMNO sebagai pemangkin untuk menawarkan diri sebagai satu-satunya calon wanita yang bertanding di antara tiga jawatan teratas di dalam struktur peringkat bahagian di belakang Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian. 

Usai pemilihan sayap Wanita UMNO Bahagian Jerantut pada 11 Mac yang lalu melihat Hajah Fadilah telah dipilih oleh para perwakilan untuk terus berada di dalam barisan Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Jerantut, jawatan yang dipegangnya sejak tahun 2008. Beliau bersama-sama dengan sayap Wanita UMNO Bahagian Jerantut, memang tidak dinafikan selama ini merupakan tulang belakang yang bukan sahaja sebagai komponen penting dalam menggerakkan jentera parti ketika pilihan raya, malah sentiasa mendekati dan menyantuni  masyarakat dan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.

Budaya kerja-kerja sukarelawan atau pemudahcara dan perantara kepada masyarakat inilah yang ingin diperkasakan lagi oleh Hajah Fadilah menerusi platform UMNO Bahagian Jerantut, sementelah beliau juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Daerah Jerantut (PSKD), iaitu sebuah pertubuhan  berdaftar yang merupakan rakan strategik Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jerantut.

Menurutnya “Saya melihat pendekatan berterusan yang inklusif dengan semua lapisan masyarakat itu akan dapat membina hubungan yang lebih rapat dan jitu,  dan bukan lagi hanya persepsi klise apabila calon-calon yang bertanding datang melawat menjelang pilihan raya semata-mata.” 

Selain itu, Hajah Fadilah juga merupakan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jerantut dan Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Jerantut. Beliau bersama-sama wakil masyarakat setempat banyak memberikan sokongan dan juga membantu dengan menyuarakan pendapat-pendapat bagi menambahbaik mutu perkhidmatan di Hospital Jerantut dan juga STB Jerantut.

Pendidikan juga merupakan aspek yang dititikberatkan oleh Hajah Fadilah. Beliau berpendapat bukan sahaja kita perlu memastikan tiada anak-anak atau pelajar-pelajar sekolah yang keciciran, malah anak-anak muda lepasan SPM yang tidak berpeluang ke IPTA atau IPTS juga wajar digalakkan untuk meneruskan pendidikan dengan mengikuti latihan di dalam bidang TVET (pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional). Ataupun menjalani latihan kemahiran digital dan keusahawanan yang diminati supaya  dapat melengkapkan diri untuk bersaing, mudah untuk  mencari pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri, seterusnya mampu membela nasib diri dan keluarga. Manakala konsep ‘lifelong learning’ ataupun pembelajaran berterusan sepanjang hayat ialah sesuatu yang patut diterapkan di dalam masyarakat pada masa kini.

Menurut beliau, selagi seseorang itu mempunyai minat dan keinginan untuk belajar, mereka patut merebut peluang untuk menyambung pelajaran yang bukan sahaja untuk tujuan kenaikan pangkat umpamanya, tetapi juga dapat memastikan fikiran kita sentiasa berkembang menerusi ilmu-ilmu baru dan membantu pembentukan peribadi serta sahsiah yang lebih baik.

Melihat anak-anaknya yang kini sedang melanjutkan pelajaran di kolej, Hajah Fadilah turut terpanggil untuk menyambung pengajian dan kini  beliau sedang mengikuti program Sarjana Muda Psikologi secara atas talian di Open Universiti Malaysia (OUM).     

Dengan pengalaman luas dan keyakinan beliau untuk terus menyumbang kepada kemajuan Parti UMNO, Hajah Fadilah berharap para perwakilan yang bakal bersidang pada Sabtu ini akan memberinya peluang bagi bersama-sama barisan kepimpinan baru UMNO Bahagian Jerantut untuk menggembleng tenaga dan mengukuhkan UMNO supaya kembali bangkit serta mendepani cabaran-cabaran yang lebih besar yang menanti UMNO. Semoga parti itu terus kekal releven, disayangi oleh rakyat di semua peringkat dan seterusnya mencipta kejayaan di dalam PRU ke-16 kelak. 

 

Tags: Bahagian JerantutFadilah SallehuddinNaib Ketua UMNO BahagianPemilihan UMNO
Previous Post

MAHIADDIN MASIH ANGKUH, CABAR SPRM DAKWA ANWAR, ZAHID

Next Post

PENGGUNAAN TEKNIK SIMULASI DALAM PEMBELAJARAN DAPAT TINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR 

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

ISHAM JALIL, CALON AHLI MKT NO.36

March 16, 2023
LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

LOKMAN ADAM, CALON AHLI MKT NO.14

March 16, 2023
MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

MOHAMMAD YAHYA ZAKARIA TANDING JAWATAN NAIB KETUA UMNO JELEBU

March 15, 2023
ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

ASYRAF CAMPUR TANGAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO?

March 10, 2023
ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

ROZILAN NAFI TARIK DIRI TANDING JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN

March 10, 2023
ABDUL FATTAH CALON TIMBALAN PENGERUSI TETAP UMNO

ABDUL FATTAH CALON TIMBALAN PENGERUSI TETAP UMNO

March 10, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In