KISAH ISMAIL SABRI DAN PM BONEKA

360
SHARES
2.1k
VIEWS

Tiada siapa boleh menyangkal kesahihan perjanjian sulit antara Dato’ Sri Ismail Sabri dan Tan Sri Mahiaddin yang dibuat dan ditandatanganinya sebelum beliau menerima mandat menggantikan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Hatta Ismail sendiri masih belum berani tampil ke depan walaupun Datuk Lokman Noor Adam sudah mendedahkan sebahagian daripada butirannya yang mengejutkan, termasuk menyegerakan kes mahkamah bekas Perdana Menteri keenam Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dan Presiden UMNO Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam bahasa lain, Perdana Menteri ‘tajaan’ Perikatan Nasional seperti Ismail Sabri ini akan menjadi boneka, yang dipergunakan untuk mencapai matlamat mereka, dalam masa yang sama melemahkan partinya sendiri. Ini yang berlaku ke atas Ismail yang lebih suka mendengar cakap dan nasihat Mahiaddin dan Perikatan Nasional.

Beliau berasa terhutang budi sehingga kini walaupun sudah tidak menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan. Oleh kerana itulah beliau masih mengkritik Zahid dan partinya sendiri kerana daripada awal taatnya ialah kepada Perikatan Nasional.

Sehingga kini beliau langsung tidak menunjukkan sikap sebagai ‘party man‘ yang membantu parti untuk bangkit kembali selepas kekalahan di PRU-15 kerana baginya pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional lebih ditaatinya berbanding parti sendiri.

Tindakannya itu bukan sahaja menyusahkan parti malah membuatkan dirinya sendiri tidak lagi dipercayai, dianggap talam dua muka serta ada juga yang menggelarkannya sebagai pengkhianat parti.

Inilah penangan dan natijah menjadi Perdana Menteri boneka tajaan Perikatan Nasional, bukan sahaja tidak lagi dihormati oleh akar umbi malah silap haribulan, dikhuatiri terseret sekali dengan kes mahkamah pemimpin-pemimpinnya.

Justeru, mana-mana parti atau gabungan yang ada ditawarkan jawatan Perdana Menteri, berhati-hatilah. Jangan jadi seperti Ismail Sabri, yang hanya menjadi boneka kepada Perikatan Nasional untuk melaksanakan apa jua agendanya. Akhirnya yang rugi hanyalah diri sendiri. 

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts