KENAPA BERSATU MAHU AMBIL TINDAKAN TERHADAP 4 BEKAS AHLI PARLIMENNYA?

79
SHARES
255
VIEWS

Permohonan Bersatu bagi memohon kebenaran mahkamah bagi memulakan prosiding semakan kehakiman untuk mengisytiharkan kerusi Parlimen Papar, Batu Sapi, Ranau dan Sipitang sudah dikosongkan, dibuat oleh Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya selaku Setiausaha Kerja. 

Mereka juga menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dan empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi) dan Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.

Dalam permohonan kebenaran itu, mereka memohon untuk membatalkan keputusan Johari pada 16 Januari lalu yang menyatakan bahawa keempat-empat mereka sudah memberikan penjelasan dan mengesahkan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi berdasarkan tafsiran Perlembagaan GRS dan Perlembagaan Bersatu. 

Dalam permohonan yang sama, Bersatu juga memohon agar kesemua Ahli Parlimen tersebut sudah berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat dan memohon pengesahan Johari bahawa berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.

Ironinya parti Bersatu ini dipenuhi oleh Ahli Parlimen ‘katak’ sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 malah ada pelbagai kategori lompat yang ditakrifkan oleh mereka sendiri termasuk menggunakan terma ‘Muhajirin’ dan ‘Ansar’. Agak melucukan juga apabila hanya ada empat Ahli Parlimennya di Sabah bertindak keluar parti, tahu pula Bersatu melenting dan membuat permohonan untuk mencabar keabsahan keputusan Speaker Dewan.

Alangkah hipokritnya mereka yang sebelum ini mengalu-alukan Ahli Parlimen melompat parti untuk menyertai mereka dengan menggunakan pertuduhan mahkamah bagi menakut-nakutkan musuh politik. Bila kena atas batang hidung sendiri, tahu pula marah dan mahu ambil tindakan. 

Apapun mujurlah Akta Lompat Parti sudahpun dikuatkuasakan, jika tidak kerajaan yang sudah tertubuh inipun akan ditumbangkan. Itupun masih wujud percubaan menumbangkan kerajaan YDP Agong ini melalui pelbagai rundingan yang kini sedang diusahakan, termasuk menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada individu tertentu di sebuah negeri.

Mujurlah Presiden parti itu cerdik dan menolak tawaran tersebut yang dibuat secara gopoh dan membelakangkan banyak pihak. Ini kerana Perikatan Nasional kini tersepit dan takut semakin ramai pemimpinnya menjadi Kluster Mahkamah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts