PUAD SOAL KENAPA MAJLIS PEGUAM BERAT SEBELAH, PATUT DAFTAR JADI BADAN POLITIK

336
SHARES
2k
VIEWS

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyindir Majlis Peguam yang akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar biasa (EGM) pada 10 Mei bagi membahas usul mengutuk “serangan bertalu-talu” terhadap badan kehakiman.

Menurut Puad, tindakan Majlis Peguam yang mempertahankan Hakim Nazlan, membidas SPRM kerana menyiasatnya serta mengecam Azalina kerana mengesahkan hasil siasatan SPRM itu sebagai berat sebelah dan amat selektif mengenai siapa yang mereka mahu pertahankan.

Beliau juga berkata tidak ada yang pelik dengan tindakan badan tersebut yang disifatkannya sebagai “kuat main politik” serta tidak lagi fokus kepada peranan asas mereka. Badan itu juga sepatutnya mengawal profesionalisme peguam tetapi kini dilihat lebih banyak bermain politik.

Puad juga menyindir agar Majlis Peguam mendaftar sebagai badan politik malah membandingkannya dengan badan lain seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Arkitek Malaysia yang jauh lebih profesional serta tidak berpolitik dan memihak kepada sesiapa. 

Beliau menyarankan agar Majlis Peguam membahas dan buat pendirian terhadap dapatan SPRM bahawa Nazlan melanggar tata etika Hakim dan mempersoal kenapakah badan itu  marah kepada Peguam Negara kerana tidak mempertahankan Hakim Nazlan tetapi dalam masa yang sama hanya menutup mata dalam kes bekas Gabenor Negara Tan Sri Zeti Aziz. 

Puad juga bertanya kenapa Majlis Peguam tidak membahas atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak berat sebelah terhadap memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang mendakwa ada campur tangan dalam pelantikan hakim, termasuklah Ketua Hakim Negara sendiri.

Bukankah ini jelas menunjukkan hipokrasi Majlis Peguam, yang sepatutnya bersikap adil dan tidak berat sebelah? 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts