PUAD: BATAL BR1M BERMAKNA ZETI DICUCUK HIDUNG

96
SHARES
309
VIEWS

BATAL BR1M BERMAKNA ZETI DICUCUK HIDUNG

Oleh Mohd Puad Zarkashi
27.8.2018

Kalau BR1M ditamatkan, Zeti wajib letak jawatan sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Negara (CEP) dan Pengerusi PNB. BR1M adalah idea Bank Negara. Gabenor Bank Negara ketika itu adalah Zeti. Zeti yang mempertahankan idea BR1M.

BR1M dicadangkan dalam pembentangan Lembaga Pengarah BNM yang dihadiri oleh DS Najib pada bulan Mac 2011. Ia kemudiannya dibentang dan dibahas dalam mesyuarat “Majlis Ekonomi Negara” pada bulan Mac dan Ogos 2011.

Dengan kata lain BR1M lahir melalui pertimbangan teliti. Ternyata mekanisme subsidi dan kawalan harga yang negara gunakan ketika itu mengakibatkan kos fiskal yang besar. Sebab itu BR1M diperkenalkan supaya sampai kepada golongan “sasar” yang sebenarnya.

Menurut Zeti, BR1M adalah hasil kajian menyeluruh terhadap sistem pemberian subsidi dan jaringan sosial (social net) di beberapa negara lain. Ketika itu Malaysia hampir melaksanakan langkah “fiscal consolidation” dan antaranya rasionalisasi subsidi.

BR1M dibatalkan kerana ego dan kesilapan Tun M membatalkan GST. Dia mahu menghapuskan legasi Najib kerana BR1M dikaitkan dengan Najib. Akibatnya rakyat yang susah. Sedangkan ia hasil kajian teliti dan dipuji oleh pakar ekonomi dan Parlimen UK. Bertambah buruk kerana ahli CEP seperti Zeti dan Jomo dicucuk hidung.

Zeti wajar letak jawatan.

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts