• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

HADI, PAS BERTEMU MAHATHIR, TANPA RESTU BERSATU?

Kumpulan mahu menumbangkan kerajaan dilihat semakin terdesak dan terburu-buru mahu mempercepatkan pertukaran kerajaan

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
May 5, 2023
in Politik, Utama
0
HADI, PAS BERTEMU MAHATHIR, TANPA RESTU BERSATU?
16
SHARES
181
VIEWS

Pertemuan antara pemimpin-pemimpinnya PAS termasuk Presidennya Haji Hadi dan Setiausaha Agung parti Takiyuddin Hasan bersama Tun Mahathir dan Sekreteriat Proklamasi Orang Melayu dilihat banyak pihak sebagai langkah politik demi survival pihak tertentu yang mahu menumbangkan kerajaan.

Sungguhpun begitu, langkah sebegini bukanlah asing bagi PAS di mana Hadi sendiri pernah mengakui beliaulah dalang di sebalik Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan di mana Mahathir sendiri Perdana Menterinya ketika itu.

Jelas kini bahawa Mahathir sendiri terlibat dalam Langkah Sheraton dan kini mereka berjumpa kembali atas naratif kononnya untuk ‘menyatukan’ Melayu. Malah Hadi sendiri sudahpun mengeluarkan ‘dalil’ untuk menjustifikasikan tindakan PAS bertemu Mahathir.

Ini dibuat semata-mata untuk melegakan hati penyokong-penyokongnya yang banyak tidak bersetuju, maka dalil kononnya pertemuan sebegini merupakan “asal perjuangan Islam” dibuat.

Malah Hadi sendiri sanggup menyatakan bahawa perjuangan bangsa dan kaum sebagai perjuangan asal Rasulullah SAW – yang dikhuatiri jatuh fitnah atas usaha agama Baginda yang tidak pernah berteraskan bangsa dan kaum. 

Rujuk artikel, “Bertemu Mahathir, Hadi beri ‘dalil’ salah untuk yakinkan penyokong sendiri” di pautan; https://editormalaysia.com/28590/

Selain itu, penyokong-penyokong PAS dan orang Melayu sendiri tidak pernah lupa bagaimana Mahathir selalu memperlekeh kaum Melayu dan orang-orang miskin sebelum ini antaranya menyeru agar rakyat mengikat perut dan jangan cemburu dengan orang kaya.

Beliau juga asyik menjaga kroni sendiri dan bukannya kaum Melayu, cuma apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, barulah mahu bercakap mengenai nasib bangsa Melayu. Barulah sibuk membuat Proklamasi Orang Melayu, yang sebelum itu tidakpun dipedulikannya. 

Jelas, semua ini hanyalah hipokrasi semata-mata dan bukannya mengenai nasib bangsa. Sama seperti Hadi dan PAS, apabila tidak lagi menjadi kerajaan barulah mahu ‘menyalak’ pelbagai perkara sedangkan sebelum ini beliau tidakpun pandai menasihati Perikatan Nasional. Ketika menjadi wakil Timur Tengah bertaraf menteripun beliau sendiri gagal membawa sebarang pelaburan ke negara ini. 

Timbul juga persoalan kenapa PAS tidak yakin dengan usaha Perikatan Nasional tidak seperti Bersatu yang lebih pandai memainkan perang saraf dan berjumpa banyak pihak untuk berunding? Bukankah dengan pertemuan terkini ini bakal menyulitkan usaha Perikatan Nasional mahu menumbangkan kerajaan? 

Perlu diingat, kumpulan Tun Mahathir tiada kerusi apapun apatah lagi ‘bargaining power‘ untuk berunding dengan mana-mana pihak. Sumber dalaman Perikatan Nasional sendiri skeptikal dengan langkah ini dan tertanya-tanya apakah motif PAS sebenarnya? 

PAS juga galak mempromosi pertemuan dengan Tun Daim Zainuddin, yang dikatakan telahpun menolak cadangan mseka untuk menyediakan sumber atau menaja rancangan menumbangkan kerajaan. Adakah kerana itu kini PAS bertemu Mahathir dan cuba membuka jalan baharu atau mencari ‘perspektif’ lain kerana mahu mencari dana dan pengaruh, selain tidak bersetuju Hamzah Zainudin mengetuai Perikatan Nasional?

Bukan rahsia lagi Tan Sri Mahiaddin diketepikan, malah beliau telahpun menandatangani perjanjian tidak akan menjadi Perdana Menteri serta memberi tanggungjawab penuh kepada Hamzah. Hadi dan PAS yang banyak terhutang budi kepadanya, sedikit ragu-ragu dengan cara Hamzah. 

Dikhuatiri rundingan demi rundingan sebegini hanya menyukarkan peluang Perikatan Nasional yang dilihat terdesak dan mencari sebanyak mungkin pengaruh selain cuba berpaut dengan individu tertentu yang berpengaruh untuk menumbangkan kerajaan. 

Bersabarlah, jika Allah Taala takdirkan kerajaan akan tumbang, sama seperti Allah takdirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, PAS janganlah gopoh dan membuat rundingan sendiri dengan membelakangkan Hamzah dan Perikatan Nasional.

Kelak dikhuatiri apa yang dimahu tidak dapat, yang dikendong pula berciciran. 

Tags: Hadi AwangHamzah ZainuddinPASTumbang kerajaan
Previous Post

BERTEMU MAHATHIR, HADI BERI ‘DALIL’ SALAH UNTUK YAKINKAN PENYOKONG SENDIRI

Next Post

PUAD SIFATKAN PROKLAMASI ORANG MELAYU HANYA GIMIK POLITIK, SANDIWARA

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

ALLAH ITU ALAM GHAIB? – DR. RAMALAN YUNUS

ALLAH ITU ALAM GHAIB? – DR. RAMALAN YUNUS

August 24, 2023
ZAHID, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PERLU TERLIHAT MEMBELA NAJIB

ZAHID, PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PERLU TERLIHAT MEMBELA NAJIB

August 23, 2023
ANTARA PAS DAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

ANTARA PAS DAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

August 19, 2023
FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

August 16, 2023
GAGAL RAIH KEPUTUSAN 6-0, MAHIADDIN WAJAR LETAK JAWATAN

GAGAL RAIH KEPUTUSAN 6-0, MAHIADDIN WAJAR LETAK JAWATAN

August 13, 2023
GELOMBANG HIJAU GAGAL, ANWAR, ZAHID PULA DIPERSALAHKAN

GELOMBANG HIJAU GAGAL, ANWAR, ZAHID PULA DIPERSALAHKAN

August 13, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In