KES GUGUR, SHAHRIR SOAL BILA SPRM MAHU PULANGKAN KERETA?

78
SHARES
252
VIEWS

Dalam siaran terkini Tan Sri Shahrir Samad semalam, beliau mempertikai kenapa setelah empat bulan kes AMLA beliau digugurkan oleh Mahkamah Tinggi, SPRM masih belum menyerahkan kembali kereta Honda Civic Hybrid yang dirampas dari keluarganya. 

Semasa perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya dan SPRM telah panggil begitu ramai saksi dari jurujual, kerani-kerani syarikat jualan kereta itu, pegawai bank dan pegawai JPJ Putrajaya, semata-mata untuk membuktikan saya telah beli kereta itu. Sungguh beria mereka nak jadikan kereta itu kononnya bukti jenayah saya.

Sehari sebelum kes saya digugurkan, saya ada menulis bahawa Timbalan Pendakwa Raya SPRM agak kecetekan fahaman tentang undang-undang. Dan keesokan harinya, Timbalan Pendakwa Raya menyatakan kepada saya supaya jangan panggil mereka cetek fahaman.” 

Baiklah. Kalau mereka tidak cetek dari segi fahaman undang-undang, mengapa pula sudah 4 bulan dan mereka belum lagi menyerah kembali kereta Honda Hybrid yang telah mereka rampas itu?” 

Shahrir juga bertanya bukankah kes SPRM itu sudah digugurkan, secara tidak langsung sudah ‘mengaku kalah’. Malah mahkamah sendiri sudah menyerahkan kembali wang jaminan dan paspot kepadanya sehari selepas kesnya digugurkan. 

Shahir menambah, kelewatan ini bukanlah kerana isu ‘kecetekan’ tetapi kerana SPRM tidak pegang kepada cogan katanya sendiri iaitu “Amanah, Adil & Tegas”.

Buat malu sahaja bertaraf sebuah Suruhanjaya!” – sindir Shahrir bagi mengakhiri siarannya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts