TIGA PEMIMPIN KANAN JIHAD ISLAM ANTARA 12 TERBUNUH DALAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA

76
SHARES
244
VIEWS

Israel melancarkan serangan udara sebelum subuh hari Selasa terhadap kumpulan Jihad Islam di Gaza, yang mengorbankan 12 mangsa termasuk tiga pemimpin kanannya.

Menurut kementerian kesihatan di wilayah Palestin yang dikuasai Hamas, antara yang menjadi mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai identiti mangsa serangan ganas Israel tersebut.

Menurut tentera Israel, mereka telah menyasarkan tiga pemimpin Jihad Islam yang dianggapnya sebagai organisasi pengganas serta berjaya memusnahkan tapak pembuatan senjata milik kumpulan itu.

Kumpulan Jihad Islam mengesahkan tiga pegawai kanannya terbunuh, iaitu Jihad Ghannam, Setiausaha Majlis Tentera Briged Al-Quds dan Khalil Al-Bahtini, dari majlis dan komander sayap tentera di utara Gaza, serta Tareq Ezzedine, salah seorang ketua tentera yang berpengaruh di Tebing Barat dan beroperasi dari Gaza.

Kami meratapi pemergian para pemimpin, isteri dan beberapa anak mereka yang turut terbunuh oleh penjenayah Zionis yang pengecut,” – kenyataan Jihad Islam yang turut berikrar “darah para syuhada akan meningkatkan keazaman” pergerakan itu.

Serangan udara, yang bermula pada jam 2 pagi (2300 GMT) dan berakhir kira-kira dua jam kemudian, dengan beberapa letupan masih kedengaran di sebelah timur. Operasi tersebut dilakukan kurang seminggu selepas Jihad Islam mengumumkan gencatan senjata di sekitar Gaza berikutan keganasan yang semakin meningkat di sana, dengan dibantu oleh Mesir. 

Dalam perkembangan yang sama, kumpulan Jihad Islam berkata Israel telah ‘menghina’ semua inisiatif pengantara dan berikrar akan membalas dendam terhadap pemimpin yang terbunuh dalam serangan udara itu. 

Dalam kenyataan berasingan yang memperincikan setiap tokoh Jihad Islam yang terbunuh, tentera Israel menegaskan mereka akan terus beroperasi untuk keselamatan orang awam di negara Israel.

Israel menyifatkan Ghannan sebagai salah seorang ahli paling kanan, yang diamanahkan untuk menyelaras senjata dan pemindahan wang antara organisasi Hamas dan pergerakannya. Bahtini pula dituduh bertanggungjawab atas serangan roket ke arah Israel pada bulan lalu. .

Ezzedine baru-baru ini merancang dan mengarahkan pelbagai serangan terhadap orang awam Israel di Tebing Barat, yang telah dirampas dan dijajah Israel sejak Perang Enam Hari pada tahun 1967.

Beliau pernah dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun oleh pengganas Israel kerana terlibat dalam serangan berani mati pada 2000-an, sebelum dibebaskan dalam pertukaran tahan an pada tahun 2011 dan dipindahkan ke Gaza.

Pengganas Israel mengarahkan penduduk negaranya yang berada dalam jarak 40 kilometer (25 batu) dari sempadan Gaza untuk tinggal berhampiran pusat perlindungan bom sehingga petang Rabu.

Dalam satu kenyataan, ketua Hamas Ismail Haniyeh berkata, “Membunuh pemimpin dalam operasi khianat sebegini tidak akan membawa keselamatan kepada penjajah, sebaliknya (akan berlaku) penentangan yang lebih besar.

Jurucakap kumpulan itu, Hazem Qassem, memberi amaran bahawa Israel memikul tanggungjawab atas kesan kebangkitan ini. Pengganas Israel dan Gaza telah berperang beberapa kali sejak Hamas menguasai wilayah Palestin pada tahun 2007.

Konflik selama tiga hari pada Ogos lalu di Gaza telah mengakibatkan 49 warga Palestin maut, namun tiada sebarang kematian di pihak Israel.

Korban pada hari Selasa lepaa menyaksikan 120 warga Palestin terbunuh dalam konflik Israel-Palestin setakat tahun ini. Di pihak Israel pula, 19 warganya, seorang rakyat Ukraine dan seorang lagi daripada Itali telah terbunuh dalam tempoh yang sama. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts