GENAP 5 TAHUN BN TUMBANG, BAGAIMANA NASIB NEGARA KITA?

86
SHARES
276
VIEWS

Hari ini 9 Mei. Tarikh keramat hari Barisan Nasional tumbang selepas 60 tahun memerintah. Hari ini.

GST selamat dihapuskan, tetapi RM70 bilion setiap tahun hasil cukai hilang kerana ekonomi bayangan.

GST kekal dihapuskan, kerajaan kekal bergantung pada dividen Petronas.

HSR pula tinggal sejarah. ECRL masih tidak siap-siap. LRT yang moden, jadi LRT reban ayam.

Projek infrastruktur masih tertangguh. Aset-aset negara kekal terjual. Dasar ekonomi kekal samar.

Purata gaji sektor perkilangan merudum. OPR makin menaik. Harga barangan tidak terkawal.

Dan Jho Low masih kekal jadi beruang.

Jujurnya, tiada satupun ahli politik hari ini yang dapat membawa kembali dasar ekonomi sejelas Ekonomi Transformasi Negara, TN50, idea formula infrastruktur AssetsCo.

5 tahun berlalu. Perdana Menteri bersilih ganti. Sejauh mana Malaysia bakal pergi dengan Perdana Menteri hari ini?

Hanya masa yang akan menentukan kerana sememangnya tiada apa yang jelas hari ini.

Sekadar penjenamaan Madani, Rahmah, yang tiada visinya.

Oleh Nur Zaini, Ahli UMNO 

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0E1F6w513FWf1BG8ZfEsuiBUEb9Z8qxMe78LoQ71LA1DuUUVvF4LM9KDd6nYRD1Sgl&id=1269447671&mibextid=Nif5oz

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts