MUHYIDDIN PATUT BUAT FILEM “THE UNTOLD STORY” – PUAD

340
SHARES
2k
VIEWS

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata beliau terlepas peluang menonton filem “Anwar: The Untold Story” kerana jadual jemputan sambutan Hari Rayanya padat.

Dalam masa yang sama beliau sempat menyindir bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin agar membuat filem “The Untold Story“-nya pula kerana banyak yang ingin diketahui oleh rakyat. 

Saya miss tayangan perdana “Anwar: The Untold Story”. Saya dapat jemputan tetapi jadual majlis sambutan hari raya terlalu padat.” 

Saya harap Muhyiddin akan buat filem sama, “Muhyiddin: The Untold Story”. Banyak yang rakyat ingin tahu. Contoh, macam mana Bersatu banyak duit masa PRU ke-15.” 

Puad juga berkata filem “The Untold Story” mengenai Muhyiddin tentu jauh lebih menarik jika didedahkan, terutamanya bagaimana perubahan sikap beliau yang diumpamakan seperti watak Dr. Jekyll dan Mr. Hyde.

Beliau juga menyindir sikap hipokrasi Mahiaddin apabila Bersatu kalah PRK Tg Piai dan merancang jadi Perdana Menteri serta menyingkirkan Anwar. 

Menurutnya, Liew Chong Tong daripada DAP tahu mengenai sandiwara Mahiaddin dan mencadangkan beliau menjadi penulis skrip filem Mahiaddin.

Untold Story Muhyiddin lebih menarik jika didedahkan bagaimana dia cepat mengubah watak daripada Dr. Jekyll kepada Mr Hyde. Liew Chin Tong (DAP) tahu sandiwara Muhyiddin.

Hipokrasi Muhyiddin ialah bila Bersatu kalah PRK Tg Piai. Dia merancang jadi PM ke 8 dan singkir Anwar. Elok Chin Tong jadi penulis skrip untold story Muhyiddin. Mesti pecah panggung.”

Bagus cadangan Puad kerana sudah tentu filem ini amat menarik jika ditayangkan kelak kerana bukan sahaja satu negara mahu tahu apa lagi sandiwara Mahiaddin, tetapi juga mahu tahu dari mana datangnya duit puluhan bilion dan belanja besar partinya Bersatu.

Benar bak kata Puad, mesti pecah panggung.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts