ANTARA RETORIK PROKLAMASI MELAYU MAHATHIR DAN KERJA KERAS NAJIB

86
SHARES
277
VIEWS

Mahathir buat Proklamasi Melayu sebab beliau mendakwa Melayu semakin miskin, hak Melayu tidak terjaga dan kerajaan tidak lagi membantu orang Melayu.

Ironinya ialah Tabung Haji ditubuhkan dengan misi Memperkasa ekonomi ummah dan memudah serta menyempurnakan urusan jemaah ke arah haji mabrur.

Bawah Najib, kadar kenaikan nilai simpanan pendeposit dan hibah tahunan Tabung Haji adalah berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding selepas Najib. Manakala kos haji tidak pernah naik bagi semua kategori sepanjang 9 tahun beliau jadi Perdana Menteri – tepat dengan misi Tabung Haji.

ASB ditubuhkan dengan misi membina kekayaan golongan Bumiputera dan dividen ASB sepanjang tempoh Najib jadi Perdana Menteri juga adalah berkali ganda lebih tinggi berbanding selepas PRU-14.

Begitu juga dengan tabung KWAP dan Tabung LTAT yang ditubuhkan untuk menjaga nasib penjawat awam di usia tua serta anggota keselamatan yang majoritinya orang Melayu. Kadar kenaikan aset KWAP dan dividen tahunan LTAT adalah jauh lebih tinggi sebelum PRU-14 di bawah Najib.

Bantuan tunai kerajaan ketika masa Najib bagi golongan B40 yang majoritinya adalah orang Melayu juga adalah jauh lebih tinggi. Berbanding Mahathir yang meminta orang miskin untuk ikat perut dan jangan iri hati pada orang kaya.

Najib juga tidak seperti Mahathir yang melantik orang bukan Melayu ke jawatan antara paling penting negara seperti Ketua Hakim Negara (Richard Malanjum), Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) dan Ketua Peguam Negara (Tommy Thomas).

Kesimpulannya ialah Najib tidak perlu buat apa-apa Proklamasi Melayu. Dia buat sahaja sebab results matter.

Pencapaian, bukan retorik. Hasil, bukan proklamasi.

Manakala yang buat proklamasi pula adalah individu yang betul-betul menjahanamkan orang Melayu (kecuali anak-anak dia yang dia kata pandai berniaga).

Lim Sian See

Disiarkan di laman Facebook beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid035aXYpA3TccbwU1yFgJgPo2Z7Keg9pVxwG8SLL4viFU9RTRKQxXze1wZ9JAVAzVwLl&id=100088296976751&mibextid=Nif5oz

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts