SELEPAS NGO, PAKAR EKONOMI PULA PERTIKAI LANTIKAN AZAM BAKI

341
SHARES
2k
VIEWS

Isu lantikan semula Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampaknya masih belum reda. Tan Sri Azam Baki menyambung semula perkhidmatannya pada hari ini selama setahun, yang telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Pakar ekonomi, Edmund Terence Gomez memberitahu Malaysiakini bahawa pelantikan semula Azam sebagai sangat mengejutkan. Menurutnya, nama Ketua Pesuruhjaya itu tercemar pada tahun lepas apabila beliau terlibat dalam pemerolehan saham dalam sebuah syarikat. 

Menurut Edmund, tindakan Azam itu turut mencemarkan nama baik institusi yang dipimpinnya. Dalam perkembangan yang sama sebelum ini, Anwar mengatakan beliau tidak mempunyai masalah untuk memindahkan kuasa memilih Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC).

Sebagai rekod, Edmund Terence Gomez sebelum ini merupakan ahli panel perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun beliau meletakkan jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan termasuk dalam isu konflik kepentingan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts