DUA MENTERI NAFI PEGAWAI DISIASAT SPRM

75
SHARES
242
VIEWS

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad masing-masing menafikan dakwaan bahawa pegawainya dipanggil dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini berikutan sebuah portal Edisi Siasat melalui saluran Telegram mendakwa kedua-dua menteri tersebut telah memecat pegawai masing-masing kerana dipanggil SPRM untuk membantu siasatan rasuah.

Menurut mereka dakwaan portal itu adalah palsu dan fitnah yang jahat kepada mereka dan kementerian. 

Selain itu, kedua-dua menteri itu juga berkata semua pegawainya setakat sekarang ini masih berkhidmat seperti biasa dan sepengetahuan mereka, tiada siapa yang dipanggil SPRM. 

Fahmi pula sudah meminta Setiausaha Politiknya untuk membuat laporan polis berkaitan dakwaan tersebut yang menurutnya sebagai tuduhan yang tidak berasas.

Saya beri peringatan dan nasihat, kalau tidak pasti jangan kongsi. Sila semak sebelum sebar dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga memantau dan sekiranya perlu ambil tindakan maka tindakan akan diambil”, kata Fahmi. 

Apapun, rakyat masih menunggu adakah  benar tiada mana-mana pegawai kedua-dua kementerian ini yang dipanggil SPRM seperti kata menterinya, ataupun sudah ada yang dipanggil cuma ia belum dihebahkan.

Kita tunggu apa kisah selanjutnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts