KONGRES KALAHKAN BJP PIMPINAN MODI DALAM PRN KARNATAKA

80
SHARES
257
VIEWS

Parti Kongres Kebangsaan India yang merupakan parti pembangkang utama di India, mengalahkan Parti Bharatiya Janata atau BJP dalam Pilihan Raya Negeri di Karnataka semalam.

Berdasarkan trend pengundian, Kongres memenangi 117 kerusi dan mendahului di 19 kerusi lain manakala BJP memperoleh 53 dan mendahului di 11 kawasan. Mana-mana parti memerlukan 113 kerusi bagi memperoleh majoriti mudah di 224 kawasan DUN di negeri tersebut. 

Parti Sekular Janata Dal pula dijangka memenangi 20 kerusi. Presiden Kongres Mallikarjun Kharge yang turut berasal dari Karnataka berkata, Ini benar-benar kemenangan (untuk) rakyat Karnataka. Mereka mengundi untuk masa depan yang progresif, kebajikan dan keadilan sosial.” 

Pemimpin Kongres, Rahul Gandhi banyak membantu kempen di negeri yang dikenali sebagai kubu kuat Perdana Menteri Narendra Modi dan Menteri Dalam Negeri Amit Shah yang menjadi pemimpin pilihan parti BJP, dalam kemenangan yang dilihat mengejutkan banyak pihak, namun analisa menunjukkan “BJP kalah sebelum pengundian dilakukan”.

Rahul dipetik berkata bahawa kuasa orang miskin mengalahkan kuasa rakan kapitalis BJP, yang berkuasa sejak 26 Mei 2014 di bawah Perdana Menteri Modi. Sebelum itu Modi menjadi Ketua Menteri Gujarat sejak 2001 sehingga 2014 dan menjadi Ahli Parlimen di Varanasi yang terletak utara Uttar Pradesh. 

Peratusan yang keluar mengundi pada Rabu lepas di negeri tersebut yang juga terkenal sebagai hab perniagaan dan teknologi India Bangalore. 

Kemenangan Kongres di Karnataka dilihat bakal memberi tentangan hebat kepada BJP dalam pilihan raya Parlimen tahun depan. 

Sebagai rekod, BJP memenangi 104 kerusi dalam Pilihan Raya DUN pada tahun 2018, Kongres 80 dan Janata Dal 37 kerusi.

Beberapa pemimpin pembangkang lain melihat kemenangan tersebut sebagai perkembangan positif bagi mereka yang berkata rakyat menolak rasuah, politik negatif dan perkauman serta politik dendam yang diamalkan BJP.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts