• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 4, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

HIDUP SATU PENGABDIAN – DR. RAMALAN YUNUS

Zulaika Yusuf by Zulaika Yusuf
May 15, 2023
in Bicara Agama, Utama
0
HIDUP SATU PENGABDIAN – DR. RAMALAN YUNUS
16
SHARES
178
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Dalam proses islah dan tajdid atau restorasi dan transformasi, perkara paling penting dan utama yang perlu dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia adalah kembali menjadi abdi atau hamba kepada Allah SWT. Itulah fitrah kita sebagai manusia dan hamba kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT, “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”

Ini bermakna seluruh kehidupan kita pada hakikatnya adalah merupakan satu pengabdian kepada Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam. Baik secara individu, berkeluarga, bermasyarakat mahupun dalam bernegara.

Segala amalan yang tidak diniatkan kerana Allah SWT dan tidak ditujukan kepada Allah SWT bukan satu ibadah atau pengabdian kepada Allah SWT malah merupakan satu penderhakaan dan pengkhianatan kepada-NYA.

Atas dasar itu saya terus mempromosikan agar kita semua melakukan proses islah dan tajdid atau restorasi dan transformasi pada diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Dalam situasi seluruh dunia sedang direset oleh para elit global maka tidak ada lagi masa lebih sesuai selain dari sekarang untuk melakukan hijrah secara besar-besaran untuk kita semua kembali sujud kepada Allah SWT. Rebutlah peluang yang sedang hadir di hadapan kita semua ini dengan sebaik-baiknya. Peluang seperti ini hanya datang sekali sahaja iaitu pada kali ini sahaja.

Jangan sia-siakan waktu dan kesempatan ini dengan pelbagai perkara yang tidak membawa faedah kepada kita semua. Kita semua mungkin tidak mampu mengawal dan menguasai para elit politik yang sentiasa sibuk berebut kuasa. Tetapi kita mampu mengawal dan menguasai diri kita sendiri.

Jadi tadbir dan uruslah diri kita sendiri menurut kehendak dan perintah Allah SWT. Persetankan segala ideologi dan doktrin yang dipromosikan kepada kita semua. Semua itu hanya akan menjadikan kita semua abdi kepada sesama manusia. Bukan menjadi abdi kepada Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam.

Sampai bila kita mahu menyerahkan untung nasib kehidupan kita di dunia dan di akhirat kepada mereka? Untuk apa kita menjadi abdi kepada sesama manusia? Mereka juga seperti kita, tidak memiliki apa-apapun sebenarnya.

Mereka hanyalah golongan yang sedang sesat dalam perjalanan hidup mereka. Mereka sedang menuju ke lubang neraka Allah SWT. Lalu untuk apa lagi kita mahu mengikuti mereka dan mentaati mereka?

Peliharalah diri kita dan ahli keluarga kita dari api neraka. Marilah kita sama-sama bertaubat dan kembali menjadi hamba Allah SWT. Bukan hamba kepada para elit politik dan hamba kepada parti-parti politik.

Ingatlah bahawa hidup ini adalah merupakan satu pengabdian. Pengabdian pula adalah satu perjuangan. Perjuangan menuntut pengorbanan. Maka berkorban dan terkorbanlah kerana Allah SWT. Hanya Dia yang paling layak dan berhak untuk menerima pengabdian kita.

Ayuh! Mari kita sama-sama berhijrah untuk kembali menjadi abdi kepada Allah SWT baik dalam kehidupan peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan juga bernegara.

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Tags: Dr. Ramalan YunusIslahReset mindaTajdid
Previous Post

BANTAH PROJEK PSI, NELAYAN CADANG HANTAR MEMORANDUM KEPADA AGONG, PM

Next Post

ANALISIS BAGAIMANA BJP TUMBANG DI KARNATAKA 

Zulaika Yusuf

Zulaika Yusuf

Related Posts

KEWAJIPAN MENTAATI ULIL AMRI – DR. RAMALAN YUNUS

KEWAJIPAN MENTAATI ULIL AMRI – DR. RAMALAN YUNUS

May 27, 2023
UNDI DAP ATAU ANTI DAP? – DR. RAMALAN YUNUS

UNDI DAP ATAU ANTI DAP? – DR. RAMALAN YUNUS

May 25, 2023
RUMAH TERBUKA PN DI SHAH ALAM – DR. RAMALAN YUNUS

RUMAH TERBUKA PN DI SHAH ALAM – DR. RAMALAN YUNUS

May 22, 2023
ANWAR DAN ZAHID – DR. RAMALAN YUNUS 

ANWAR DAN ZAHID – DR. RAMALAN YUNUS 

May 21, 2023
TSUNAMI MELAYU PADA PRN – DR. RAMALAN YUNUS

TSUNAMI MELAYU PADA PRN – DR. RAMALAN YUNUS

May 19, 2023
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

May 18, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In