• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, June 4, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

PAS GAGAL BAWA PEMIMPINNYA KEPADA KEBAIKAN, JAGA LIDAH DAN LISAN

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
May 16, 2023
in Bicara Agama, Utama
0
PAS GAGAL BAWA PEMIMPINNYA KEPADA KEBAIKAN, JAGA LIDAH DAN LISAN
14
SHARES
155
VIEWS

Acapkali didengar, pemimpin-pemimpin PAS berlagak angkuh setiap kali membuka mulut. YDP Agong sendiri berani disanggah apatah lagi rakyat mahu menegur. Ia bukan sahaja mengenai apa yang dicakapkan tetapi juga cara beliau bercakap turut dilihat angkuh dan suka memperlekeh oleh banyak pihak.

Tiada masalah jika mereka ini daripada UMNO, Bersatu mahupun PAN atau PKR kerana parti-parti yang dinyatakan ini tidak beretorik memperguna Islam seperti PAS. Tetapi apa yang mahu dihairankan, Haji Hadi Presiden PAS juga “dua kali lima”, acapkali menggelarkan orang lain dengan gelaran binatang tertentu.

Tentu pemimpin PAS yang lain mahu jadi murid yang baik dan wala’ kepada Hadi, bagaimana mahu menjaga lidah dan lisan jika gurunyapun sama. Sama dalam isu mahu menumbangkan kerajaan, baik Hadi dan seluruh pimpinan PAS dalam kalangan ustaz dan ustazah ini mungkin tidak tahu ada hadis larangan menjatuhkan amir atau ketua.

Serta wujudnya hadis masyhur mengenai wajib taat kepada seorang ketua dalam keadaan suka ataupun benci, selagi mana beliau tidak mengajak kepada maksiat. Jika ketua atau pemimpin itu berbuat sedemikian maka barulah tidak perlu taat kepadanya.

Namun tetap tidak ada hadis yang ‘menghalalkan’ menjatuhkan ketua atau pemimpin. Pelik kerana PAS tidak mahu taat dan amal hadis, tetapi apa sahaja ketua atau pemimpinnya katakan, semua mahu ditaati membuta-tuli, walaupun ia jelas bukannya hadis.

Hanya kata-kata, nasihat atau amanat yang tarafnya tentu jauh lebih rendah daripada kata-kata atau hadis Baginda Nabi Muhammad SAW. Jika agama dikedepankan, tidak mungkin pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu dosa menyakiti orang lain walaupun orang itu menyakitinya.

Malah Rasulullah SAW dan para Sahabat R.Anhum membalas kebaikan kepada mereka yang membuat keburukan. Allah sendiri perintah Nabi SAW yang mulia berjumpa Sahabat-sahabatnya dengan lemah-lembut, jika tidak pasti mereka akan berpaling daripadanya.

Maka pasti dan pasti Hadi dan semua pimpinan PAS tidak semulia Rasulullah SAW, tetapi tetap mereka tidak mahu berlemah-lembut sesama Islam yang lain. Malah melabel mereka dengan pelbagai gelaran termasuk binatang.

Inilah cerminan tarbiah PAS selama ini yang gagal membawa pemimpin-pemimpinnya kepada kebaikan, tidak menyakiti orang lain dengan lidah dan lisan.

Agama tidak boleh diamalkan sebahagian dan sebahagian lagi ditinggalkan. Tidak mungkin Dewan Ulama PAS Pusat tidak berani menegur atau sememangnya PAS meletakkan politik melebihi agama?

Agama boleh dibawa ke seluruh alam, tidak terhad kepada negara ataupun bangsa, berbeza dengan ‘perjuangan’ PAS, hanya terhad dalam negara. Tetapi lagak pemimpin-pemimpinnya seolah-olah parti mereka itulah agama.

Justeru bertaubatlah dan kembalilah kepada agama, bawalah dan ajaklah manusia kepada Allah Taala, bukannya ajak manusia kepada kuasa.

Jika asas perjuanganpun sudah salah, jangan haraplah nusrah (bantuan) Allah bersama mereka. Tiada guna dapat negara jika Allah murka kepada kita. 

Tags: Hadi AwangMuhammad Sanusi Md NorPASPenunggang agamaPolitik AgamaRasulullah SAW
Previous Post

ANWAR HARGAI SOKONGAN ZAHID, ABANG JO ATAS PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN

Next Post

TERUS-TERANG REALITI HARGA, SUBSIDI MINYAK – SHAHRIR SAMAD

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

GUNA FORMULA PRU-15, PAS YAKIN MENANG BESAR DI 4 NEGERI

GUNA FORMULA PRU-15, PAS YAKIN MENANG BESAR DI 4 NEGERI

June 2, 2023
TAWARAN PAS SERTAI KERAJAAN, REKAAN ATAU IGAUAN?

TAWARAN PAS SERTAI KERAJAAN, REKAAN ATAU IGAUAN?

May 31, 2023
YAKIN KUASAI 4 NEGERI, PAS KINI MAHU JAWATAN MB SELANGOR

YAKIN KUASAI 4 NEGERI, PAS KINI MAHU JAWATAN MB SELANGOR

May 31, 2023
PRN 6 NEGERI: PAS MELEMAH TANPA DANA BERSATU?

PRN 6 NEGERI: PAS MELEMAH TANPA DANA BERSATU?

May 30, 2023
PAS ‘GOLD DIGGER’ BAKAL TINGGALKAN BERSATU, PN?

PAS ‘GOLD DIGGER’ BAKAL TINGGALKAN BERSATU, PN?

May 30, 2023
2013: HAJI HADI KATA ISLAM TIDAK HALANG PENGANUT AGAMA LAIN GUNA KALIMAH ALLAH DALAM AMALAN

2013: HAJI HADI KATA ISLAM TIDAK HALANG PENGANUT AGAMA LAIN GUNA KALIMAH ALLAH DALAM AMALAN

May 28, 2023

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In