MEMAHAMI ISU DI SEBALIK RAYUAN KALIMAH ALLAH DITARIK BALIK

354
SHARES
2.1k
VIEWS

Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, beliau mengesahkan kerajaan telah menarik balik rayuan di Mahkamah Tinggi yang “membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain untuk tujuan pembelajaran”.

Jika tujuannya sebegitu dan itulah yang dimaksudkan tanpa ada maksud terselindung, tentu tiada masalah kerajaan menarik balik rayuan tersebut. Ini kerana jika difahamkan tujuannya untuk pembelajaran, contohnya ada pihak mahu menerbitkan buku berkaitan informasi amalan beragama di Malaysia.

Kemudiannya jenis-jenis kepercayaan dan agama setiap kaum termasuk agama Islam dan Tuhannya Yang Esa ialah Allah SWT. Jika sebegini takrifan pembelajaran tentu tiada masalah rayuan itu ditarik semula dan mudah difahami rakyat. 

Lainlah jika ada pihak tertentu yang mahu menerbitkan itu mempunyai maksud terselindung, contohnya mahu mengatakan “kepercayaan anutan mereka juga bertuhankan Allah SWT”. Ini tentu tidak akan dibenarkan oleh Menteri dan KDN. Ini juga akan menimbulkan kemarahan banyak pihak termasuk Istana dan Majlis Raja-Raja. 

Agenda pluralisme atau menyamakan semua agama ini tentu tidak akan dibenarkan oleh mereka tanpa mengira siapapun Menterinya. Malah pasti Datuk Seri Saifuddin lebih mengetahui hal ini dan tidak akan membenarkan sebarang cubaan merendah-rendahkan agama Islam. Bukan sahaja bagi melindunginya, tetapi juga selaku seorang Islam, tentu hati nurani beliau tidak akan membenarkannya. 

Beliau juga tentu mahu menjaga keharmonian kaum dalam negara ini yang berlainan kaum dan anutannya, apatah lagi Islam ialah agama Persekutuan yang tertakluk di bawah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Agama Islam.

Kuasa-kuasa baginda dari sudut Perlembagaan boleh dilihat jelas melalui kenyataan Prof. Shamrahayu Ab. Aziz di pautan; https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/07/450041/peranan-seri-paduka-sebagai-ketua-agama

Selain itu, sebagai seorang Muslim sejati dan taat beragama, tentu Datuk Seri Saifuddin dan KDN tidak menarik balik rayuan di Mahkamah Tinggi tersebut tanpa kajian mendalam. Malah tentu sudah ada garis panduan yang ketat dan jelas untuk sebarang penerbitan bagi penggunaan kalimah Allah.

Cuma isunya di sini jika ada pihak tertentu mahu mengambil kesempatan di sebalik kelompangan dan kelemahan yang ada. Hal ini boleh diambil tindakan keras apabila berlakunya pelanggaran terhadap garis panduan yang ditetapkan oleh Menteri dan KDN.

Kementerian juga pasti boleh menarik kembali penerbitannya selepas ada pihak yang melanggar garis panduan yang ditetapkan kerana ada niat terselindung, yang tidak mungkin boleh dikesan awal melainkan selepas ia diterbitkan. 

NGO Islam juga sudah membuat bantahan atas penarikan balik rayuan ini yang dikatakan sebagai tidak berunding dengan pemegang taruh, antaranya Majlis Raja-Raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri.

Maka jika sememangnya ada agenda lain tentu semua NGO Islam di negara ini akan bangkit membantahnya. Rujuk pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid07PbL4DNgSngcT9ekt8yHdhk5iSj7YjPdCW1RpVy7xT4vUTiPt4jZk9sntVcWjsuil&id=100066903134663&mibextid=Nif5oz

Apapun, masih terlalu awal mahu menyalahkan sesiapa dalam isu ini, tanpa mendengar penjelasan lanjut daripada Datuk Seri Saifuddin dan KDN seperti yang dijanjikan. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts