TERUS-TERANG REALITI HARGA, SUBSIDI MINYAK – SHAHRIR SAMAD

345
SHARES
2k
VIEWS

Tan Sri Shahrir Samad dalam siaran di laman Facebook-nya hari ini menyindir kerajaan mengenai isu harga minyak yang selama ini dimainkan Pakatan Harapan ketika menjadi pembangkang. 

Beliau ‘memuji’ bagus kerajaan berterus-terang dan tidak  cuba berselindung dengan berbagai formula yang membodohkan rakyat. Beliau berkata, maklumkan sahaja kepada rakyat mengenai jumlah subsidi untuk petrol RON95.

Berterus-terang dengan rakyat keburukan subsidi pukal seperti subsidi untuk petrol RON95.

Betul kita ada minyak mentah sendiri. Boleh guna untuk subsidi masa sekarang tetapi ia membazirkan kemewahan negara untuk generasi akan datang.”

Negara lain lebih banyak sumber minyak mentah mereka tetapi tetap tidak subsidikan petrol mereka.

Beliau turut menyindir yang pernah menghasut agar turunkan harga petrol semuanya kini sudah berada dalam kerajaan, sudah jadi pemerintah. Tentu mereka ini sudah faham realiti ekonomi.

Sekarang, berterus terang sahaja dengan rakyat harga runcit petrol tidak boleh turun ke RM1.50 seliter. Bukan kerana BN yang tidak pandai mengurus negara tetapi kerana realiti dan fakta ekonomi.” 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts