ADAKAH SPRM MEMPUNYAI BUKTI KUKUH MENAHAN PEGAWAI JPM?

135
SHARES
436
VIEWS

Berikutan penahanan Datuk Hasanah Ab. Hamid, bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan tujuh pegawainya yang ditangkap oleh SPRM semalam, pelbagai spekulasi tular mengenai insiden tersebut yang memberi implikasi negatif terhadap agensi risikan negara yang tentunya telah menjadi bahan jenaka seluruh dunia.

Ini kerana setiap agensi risikan seluruh dunia mempunyai imuniti daripada dibocorkan kerana akan melibatkan keselamatan ejen-ejen dan pegawai risikan yang ditempatkan di seluruh dunia termasuklah keluarga mereka yang perlu dilindungi.

Jangan kerana bermotifkan politik dan dendam maka setiap justifikasi dihalalkan dengan keselamatan negara menjadi taruhannya.

Adakah tindakan menahan pegawai-pegawai kanan Bahagian Penyelidikan ini termasuk Ketua Pengarahnya adalah kerana ingin menunjukkan kepada umum bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebelum ini sebagai pengamal rasuah dan menyalahgunakan kuasa?

Selain itu adakah tujuannya untuk menutup kelemahan kerajaan Pakatan Harapan kerana Menteri Kabinetnya tidak boleh diharapkan dan tidak berpengalaman menyelesaikan pelbagai isu, seperti yang dikritik oleh Perdana Menteri sendiri sebelum ini?

Justeru penahanan oleh SPRM ini boleh menambahkan implikasi negatif terhadap Barisan Nasional terutamanya Datuk Seri Najib yang didakwa terlibat dalam skandal 1MDB yang sehingga kini masih belum lengkap kertas siasatannya dan pihak SPRM dan Pasukan Petugas Khas 1MDB masih terkial-kial mencari bukti.

Namun sekiranya SPRM mempunyai bukti ke atas mereka atas dakwaan menyeleweng dana ataupun rasuah, adalah diharapkan mereka yang terlibat dapat diadili dengan sewajarnya.

Ini kerana jika SPRM cuai atau hanya bertindak berlandaskan emosi ataupun laporan palsu, diharapkan SPRM sendiri dan pengadu kes ini dapat dibawa ke muka pengadilan kerana tidak menyemak berita dan fakta kes dengan tepat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts