MAHIADDIN PUJI KJ BIJAK, TAWAR JAWATAN MT JIKA SERTAI BERSATU

338
SHARES
2k
VIEWS

Bekas Perdana Menteri kelapan Tan Sri Mahiaddin Yassin menawarkan Khairy Jamaluddin jawatan Majlis Tertinggi sekiranya bekas Menteri Kesihatan itu mahu menyertai Bersatu.

Mahiaddin mengaku bahawa Khairy tidak memohon untuk menyertai partinya tetapi beliau sendiri tawarkan kerana yakin Khairy mampu menyumbang untuk parti dan juga Perikatan Nasional. 

Beliau juga berharap dengan penyertaan Khairy dapat membantu mengukuhkan partinya yang semakin mendapat sokongan dalam kalangan rakyat terutamanya Melayu Islam selepas berlaku isu kalimah Allah. Ini termasuk mahu menguasai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak. 

Namun Mahiaddin menyerahkan kepada Khairy yang disifatkannya sebagai sangat bijak bila beliau mahu membuat keputusan menyertai Bersatu, di mana tawaran kali pertama dibuat adalah pada tahun 2016.

Kita tak nak gesa sangat, dia seorang yang sangat bijak. Dia faham pilihan raya negeri akan Datang. Kalau saudara KJ boleh fikirkan baik-baik, sekarang masa yang baik.

Sungguhpun begitu, dalam siaran Podcast dua minggu lepas, menantu bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi itu berkata bahawa beliau lebih cenderung untuk bersara daripada politik tanahair. 

Pemerhati politik melihat Khairy bakal menerima tawaran Mahiaddin dan Bersatu kerana tidak mungkin beliau yang bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri, akan mengundurkan diri dalam masa yang terdekat.

Malah Bersatu bakal menjadi batu loncatannya ke puncak kuasa, yang sedikit terencat apabila UMNO memecatnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts