• Mengenai ED
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Hantar Artikel
Tuesday, September 26, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ISU COLDPLAY: KJ BOSAN DENGAN PAS, SHAHRIL PULA SINDIR KENAPA SENYAP MASA MEMERINTAH

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
May 19, 2023
in Politik, Utama
0
ISU COLDPLAY: KJ BOSAN DENGAN PAS, SHAHRIL PULA SINDIR KENAPA SENYAP MASA MEMERINTAH
34
SHARES
380
VIEWS

Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang pernah bercita-cita menjadi Perdana Menteri menyeru PAS agar menghentikan desakan kepada kerajaan untuk membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan 22 November depan.

Beliau berkata, kalau tidak mahu pergi Coldplay jangan pergi, yang ditujukan kepada pemimpin serta penyokong PAS yang kerap membangkitkan isu ini.

Jelas Khairy sendiri bosan dengan polemik terkait konsert tersebut, termasuk dalam isu yang melibatkan rakan-rakannya dalam kalangan pemimpin-pemimpin PAS.

“Boleh tak kita berhenti bercakap pasal ini semua? Sayapun ada kawan-kawan dalam PAS. Konsert semua tak boleh, batalkan konsert.“

Khairy berkata sedemikian ketika menjawab soalan yang diajukan kepadanya semasa program santai bersama bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan yang disiarkan melalui podcast semalam.

Tambah Khairy, memang wajar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan membuka ruang bagi kumpulan Coldplay mengadakan konsert di negara ini kerana menurutnya, ia satu perniagaan yang menguntungkan.

Shahril pula mempersoal PAS yang tidak mengkritik atau membatalkan beberapa konsert besar semasa mereka sebahagian daripada kerajaan.

“Ada konsert sewaktu PAS jadi kerajaan tapi ‘tak berbunyi’ pula. Ini satu lagi contoh mudah mengkritik, apabila serangan mereka tak melekat.”

Sebagai rekod, PAS dilihat mengambil kesempatan dengan mempolemikkan isu konsert Coldplay ini sebagai kumpulan yang didakwa sesetengah pihak sebagai menyokong LGBT sedangkan ketika mereka memerintah, konsert Billie Eilish yang juga dikaitkan dengan LGBT dibenar dan berlangsung pada 18 Ogos 2022.

Jika PAS berkata konsert Coldplay mengundang kemurkaan Allah dan bala bencana alam, adakah Allah Taala tidak murka ketika konsert Billie Eilish? Juga konsert Justin Bieber yang dijadualkan pada 22 Oktober ketika PAS memerintah, namun mujurlah ia dibatalkan atas sebab kesihatan bintang pop itu.

Jika tidak, tentu Bieberpun akan beraksi ketika PAS terkulat-kulat mencari dalil untuk mengelak dikecam. Bagaimana pula  Konsert Blackpink yang diluluskan pada zaman PAS masih sebahagian daripada kerajaan, bukankah ini juga mempromosikan hedonisme dan budaya songsang? 

Kemudian konsert Dewa19 pada 9 dan 10 September, Fourtwnty pada 1 Oktober, Super Junior dan Boys Like Girls masing-masing pada 10 dan 15 Oktober.

Tidak terhenti di situ, pada 27 Oktober 2022 Konsert Calum Scott, diikuti Rossa pada 2 November, Russ pada 3 November dan Konsert LANY pada 6 November. 12 November pula menampilkan NOAH, Ungu pada 19 November 2022, Boy Pablo pada 25 November, diikuti oleh Keshi pada 2 dan 3 Disember 2022 dan yang terakhir Konsert Afghan pada 17 Disember 2022. Meriah betul konsert di zaman PAS. 

Jika dibaca senarai di atas, tidak pelik jika ia diluluskan pada zaman Anwar menjadi Perdana Menteri, namun lebih mengejutkan apabila ia berlaku pada zaman PAS dalam kerajaan. Presidennya sendiri menjadi Duta Timur Tengah bertaraf menteri, tetapi konsert tetap berjalan. 

Justeru, PAS janganlah mempermainkan agama serta bersikap hipokrit melampau. Jika takut Allah Taala murka serta menjadi asbab bencana alam, maka dahulu semasa jadi kerajaan, kenapa tidak menasihati kerajaan agar hentikan semua konsert? Sepatutnya jangan satupun diluluskan. 

Atau, sememangnya PAS daripada dahulu suka mendengar dialog DoReMi iaitu, “Takkanlah tok lebaipun menipu“. 

Tags: Billie EilishColdplayKhairyLGBTPASShahril Hamdan
Previous Post

DITAHAN SPRM, PELUANG BERSIHKAN NAMA – RAFI AWANG KECHIK

Next Post

COVID-19 RAGUT NYAWA HAMPIR 337 JUTA DI SELURUH DUNIA

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

ALLAH ITU ALAM GHAIB? – DR. RAMALAN YUNUS

ALLAH ITU ALAM GHAIB? – DR. RAMALAN YUNUS

August 24, 2023
ANTARA PAS DAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

ANTARA PAS DAN ISLAM – DR. RAMALAN YUNUS

August 19, 2023
FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

FORMULA KEJAYAAN PAS DAN DAP – DR. RAMALAN YUNUS 

August 16, 2023
VIDEO: POLITIK PAS, PN MENAKUTKAN – PROF. AGUS 

VIDEO: POLITIK PAS, PN MENAKUTKAN – PROF. AGUS 

August 8, 2023
VIDEO: ADAKAH PARTI PAS ITU ISLAM? – PROF. AGUS

VIDEO: ADAKAH PARTI PAS ITU ISLAM? – PROF. AGUS

August 8, 2023
BIADAB! – KERAJAAN TIDAK KOMPROMI, BATAL FESTIVAL MUZIK

BIADAB! – KERAJAAN TIDAK KOMPROMI, BATAL FESTIVAL MUZIK

July 23, 2023

Mengenai ED

Hubungi Kami

Pengiklanan

Penafian

Hantar Artikel

Copyright © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • Senyum Babun
  • Sumbangan

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In