PRN 6 NEGERI: MAHIADDIN YAKIN PN MAMPU PEROLEH 80 PERATUS SOKONGAN

348
SHARES
2k
VIEWS

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin yakin gabungannya mampu meraih sokongan sehingga 80 peratus terutamanya dari kaum Melayu Islam dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak. 

Beliau berkata dapatan daripada kajian yang dilakukan pihaknya menunjukkan bahawa Perikatan Nasional lebih popular dan kepimpinannya lebih diterima, berbanding parti dan gabungan lain. 

Beliau turut berkata kajian di Selangor juga menunjukkan peningkatan yang positif dan Perikatan Nasional dilihat lebih ke hadapan, malah menurutnya situasi terkini yang berlaku dalam negara turut mempengaruhi sokongan terhadap mereka. 

Semua ini akan dinilai oleh mereka. Saya jangka sebahagian besar rakyat kecewa apa yang sedang berlaku dalam negara, mereka tidak lihat keberkesanan, cakap banyak tetapi cakap tidak serupa bikin.”

Perkara ini tidak mustahil kerana ketika ini dalam kalangan akar umbi UMNO sendiri sudah ada yang serba-salah apabila diminta oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Seri Ahmad Maslan untuk memangkah calon DAP di kawasan masing-masing, bagi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts