YDP AGONG TERUS PERKUKUH HUBUNGAN MALAYSIA-UAE

334
SHARES
2k
VIEWS

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terus memperkukuh hubungan bilateral antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Hubungan baik baginda dan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan telah lama terjalin sejak masing-masing menyertai kolej ketenteraan, Royal Military Academy Sandhurst di United Kingdom pada tahun 1978 dan 1979.

Persahabatan tersebut berkekalan sehingga kini dan Sheikh Mohamed Zayed turut hadir sempena istiadat pertabalan YDP Agong pada 30 Julai 2019.

Baginda turut merintis peluang pelaburan dan dagangan dua hala yang memberi banyak manfaat buat negara, di mana ketika ini UAE merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di Timur Tengah dan Asia Barat.

Selain itu UAE juga kerap membantu negara antaranya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19 dan musibah banjir dengan membekalkan sejuta dos vaksin pada tahun 2021 dan bantuan bencana banjir sebanyak 250 tan pada awal tahun 2022.

Semoga hubungan baik ini terus berkekalan dan memberi manfaat berterusan buat kedua-dua negara, in sha Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts