IMRAN KHAN DIBENAR IKAT JAMIN, DAKWA NYAWA TERANCAM

336
SHARES
2k
VIEWS

Mankamah Pakistan hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan diikat jamin sehingga bulan depan. Mahkamah Antikeganasan (ATC) memberi perlindungan kepada beliau daripada ditahan sehingga 8 Jun, seperti dilaporkan Ahmad Janjua, jurucakapnya. 

Imran dibenarkan ikat jamin dalam lapan kes keganasan atas tuduhan menghasut penyokong-penyokongnya untuk melakukan rusuhan di kompleks Kehakiman Persekutuan pada bulan Mac lepas. Walaupun diikat jamin, Imran yang mempunyai 100 lebih kes lain dijangka akan ditangkap semula oleh pihak berkuasa. 

Selain itu, dalam perkembangan yang sama, Imran memberitahu mahkamah bahawa percaya ada ancaman terhadap nyawanya setiap kali beliau keluar rumah, seperti dilaporkan media tempatan.

Sebagai rekod, pihak tentera telah memulakan perbicaraan terhadap penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri itu yang dituduh terlibat dalam serangan ke atas kemudahan mereka, termasuk dalam kes rusuhan maut dan vandalisme di kem tentera berikutan penahanannya pada 9 Mei lepas. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts