DOKUMEN SAGUHATI RM10,000 BOCOR, AKSB LAPOR POLIS

341
SHARES
2k
VIEWS

Dokumen mengenai pembayaran saguhati kepada Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berjumlah RM10,000 setiap seorang, RM2,000 kepada setiausaha syarikat serta RM200 setiap kakitangan yang bocor dan ditularkan semalam terbukti sahih dan kini AKSB pula membuat laporan polis. 

Ini kerana menurut AKSB, kebocoran dokumen tersebut dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, dan pegawai undang-undang AKSB membuat laporan tersebut terhadap dua hantaran Facebook daripada Wan Mahussin Wan Zain.

Pengurus Besar AKSB Nazmi Ghazali Azmi turut mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh pihaknya namun tidak diperincikannya.

Sebelum ini, telah tular sepucuk surat mengenai pembayaran saguhati ini dan diviralkan melalui Facebook dan juga WhatsApp yang mendedahkan dokumen yang dikeluarkan oleh AKSB mengenai pemberian Aidilfitri pada tahun ini.

Wan Mahussin juga telah memberi makluman beliau dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan pada malam ini.

Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata saguhati setahun sekali kepada Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan AKSB adalah prosedur biasa. Menurut Ketua Pemudanya, Mohamad Kamal Mohamed, saguhati itu sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan dasar kepada pihak pengurusan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts