KETUA PENERANGAN PAS HARUS BERHENTI BERHALUSINASI – PEMUDA UMNO KUALA LANGAT

148
SHARES
477
VIEWS

KENYATAAN RASMI & MEDIA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO KUALA LANGAT

24 MEI 2023

1. Ketua Penerangan PAS telah mengeluarkan kenyataan agar Timbalan Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO untuk berundur sekiranya kekalahan melanda PRN 6 Negeri adalah satu perkara yang tidak wajar.

2. Pemuda UMNO Kuala Langat melihat Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin berhalusinasi apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan.

3. Ironinya apabila PAS kalah teruk dan tidak mendapat satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka 2021, tidak pula berbunyi untuk mendesak Presiden PAS (Haji Abdul Hadi Awang) untuk berundur daripada jawatannya atas dasar bertanggungjawab.

4. PAS harus belajar untuk tidak mencampuri urusan parti lain sebaliknya perlu melihat kelompongan yang dihadapi oleh rakan parti mereka sendiri iaitu Bersatu yang berhadapan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

5. Khairil Nizam juga perlu menasihati PAS yang telah menang jumlah kerusi terbanyak dalam sejarah namun kini sedang menjadi ’kaduk naik junjung’. Berhenti bersifat ujub dengan merasakan hanya PAS sahaja yang berada pada landasan yang benar.

6. Berhenti menjarah pemikiran rakyat dengan ’politik kebencian’ dengan berselindung di sebalik ajaran Islam. Masih lagi berhalusinasi untuk menukar kerajaan dan tidak menghormati Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersandarkan titah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong.

7. Nasihat saya agar PAS menerima qada’ dan qadar serta mendalami konsep keizinan Allah di dalam sesuatu perkara.

8. Ketua Penerangan PAS harus berhenti berhalusinasi dan tidak lagi mencampuri urusan BN-PH terutamanya dari segi kepimpinan parti yang tidak ada kena mengena dengan Perikatan Nasional.

SALAM REJUVENASI PEMUDA

Mohd Al-Hafizi Haji Abu Bakar

Ketua Pemuda 

Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Langat 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts