PENDIRIAN TELEGRAM ENGGAN TERLIBAT DALAM SEBARANG TAPISAN POLITIK DIPUJI

70
SHARES
226
VIEWS

Penyedia perkhidmatan Telegram dipuji ramai berikutan keengganannya patuh dan bekerjasama dengan mana-mana pihak hatta kementerian dalam sebarang jenis ‘tapisan politik’. Ini bagi mengekalkan ‘originality‘ mereka yang menerajui keselamatan siber sejak dahulu, selain membezakan Telegram dengan platform lain yang berlambak di pasaran. 

Jurucakapnya, Remi Vaughn berkata, walaupun Telegram giat memantau kandungan berbahaya termasuk bahan lucah dan penjualan bahan terlarang, serta penipuan dan ekstremisme namun mereka tidak mahu turut serta dalam sebarang tapisan politik melibatkan mana-mana negara sekalipun. 

Menurut Remi, pasukan pentadbir mereka melakukan pemantauan berterusan secara berkala dan juga jika melibatkan aduan khusus apabila menerima laporan menerusi emel abuse@telegram.org.

Keengganan Telegram ini bukan sahaja dipuji malah ini yang patut dicontohi oleh banyak pihak terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang perisikan, keselamatan dan pertahanan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts