Oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
Mahathir mahu robohkan tembok besar MCKIP
Selepas pulang dari negara China minggu lalu, Tun Mahathir mengumumkan bahawa beliau mahu robohkan tembok ‘besar’ di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).
Mahathir dakwa tembok mengelilingi seluruh MCKIP
Sebelum PRU14, Tun Mahathir pernah ke sana untuk membuat video dengan mendakwa tembok ini mengelilingi seluruh MCKIP.
Oleh kerana video Tun Mahathir itu, ramai yang menuduh saya telah kononnya ‘jual negara’ kepada negara China.
Fuziah Saleh sahkan tembok hanya mengelilingi kilang sahaja
Saya ada membaca tiga hari lalu akan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, akhirnya mengesahkan bahawa tembok ini hanya mengelilingi kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian sebagaimana tuduhan Tun Mahathir.
Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.
Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar PH.
Fuziah akan jelaskan kepada Mahathir
YB Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjelaskan kepada Tun Mahathir tidak lama lagi.
Ramai hargai peluang pekerjaan di MCKIP
YB Fuziah juga mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas.
Satu lagi fitnah diperbetulkan
Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai buruk.
Puluhan ribu peluang pekerjaan di MCKIP
Kilang Aliance Steel sahaja sahaja libatkan pelaburan asing RM5.5 billion telah menyediakan pekerjaan kepada 4,000 anak tempatan. Jika mengambil kira kilang-kilang lain di MCKIP, puluhan ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia telah diwujudkan dan juga banyak mengekspot produk keluaran mereka.
Isu papan tanda “Jalan Qinzhou”
Satu propaganda PH sebelum PRU14 ialah papan tanda “Jalan Qinzhou” di MCKIP.
Saya dimaklumkan bahawa gambar ini ditular dengan meluas oleh jentera propaganda PH dan saya juga telah dicaci teruk terutama dari orang Melayu, kononnya saya telah menjual negara sehingga nama jalan pun mesti menggunakan nama bersempena negara China.
Nampaknya ramai tidak tahu mengenai cerita benar di sebalik nama jalan ini.
MCKIP berkembar dengan CMQIP di Qinzhou, China
Kebenarannya ialah, MCKIP merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di bandar Qinzhou di negara China.
Di CMQIP ada nama “Lebuh Kuantan”
Perjanjian persefahaman Taman Perindustrian berkembar ini juga melibatkan satu jalan di bandar Qinzhou dinamakan “Lebuh Kuantan” (seperti dalam gambar).
Lebuh bermaksud ‘jalan besar’ dan Lebuh Kuantan di CMQIP ini jauh lebih besar dari Jalan Qinzhou di MCKIP.
MCKIP dimiliki Malaysia dengan 51%, 49% China
MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.
CMQIP dimiliki China dengan 51%, 49% Malaysia, namun luas lebih 3 kali ganda
CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51% pegangan saham dan 49% oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.
Pengeluaran CMQIP cecah RM6 bilion untuk tahun 2017 sahaja
CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun 2017 sahaja.
Walau memiliki 50% namun untuk pasaran 1.4 bilion, lebih baik dari memiliki 100% tetapi untuk pasaran 30 juta orang sahaja
Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap mengenai titik perpuluhan, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50% tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100% untuk pasaran 30 juta orang sahaja.