YAKIN KUASAI 4 NEGERI, PAS KINI MAHU JAWATAN MB SELANGOR

86
SHARES
277
VIEWS

PAS yang semakin teruja dengan penguasaan mereka di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lepas mula menyasarkan Selangor bakal menjadi seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Di Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri kelak, bukan rahsia lagi PAS mahu pemimpinnya menjadi Menteri Besar di Selangor, sehingga sanggup mengenepikan Bersatu. Sama seperti yang berlaku di Pahang, namun berjaya dikekang lebih awal oleh UMNO apabila ‘calon’ Menteri Besar PAS dengan angkuh berjumpa pimpinan UMNO Pahang meminta “kunci kerajaan”.

Langkah yang mengejutkan semua ini sekaligus membuatkan pimpinan Pahang meluat dan bertekad mahu memastikan calon MB PAS itu tidak akan menjadi Menteri Besar asbab keangkuhannya – dan itulah yang berlaku.

Tentu beliau sedih atas kesilapannya yang teruja awal mahu menjadi Menteri Besar sehingga tembelang sendiripun diketahui ramai. Al-Quran dan As-sunnah dilupakan demi takhta (kuasa) dan harta. 

Sama seperti di Selangor, PAS yang awal-awal lagi mengenepikan calon Bersatu dan meletakkan calonnya sendiri ketika ini dilihat masih berkeras mahukan jawatan tersebut. Dalam hal ini pujian wajar diberikan kepada Bersatu yang lebih sabar melayan kerenah PAS yang seperti budak-budak kecil berebutkan gula-gula.

PAS yakin seratus peratus Selangor bakal menjadi seperti Kelantan, termasuk Kedah dan Terengganu yang terang-terang bakal dikuasai mereka.

UMNO sendiri tahu hal ini namun tetap meletakkan calon lama yang kurang popular dan telahpun ditolak rakyat dan Istana di Terengganu. Di Kedah pula PAS yakin dengan formula Menteri Besarnya yang dilihat angkuh dan ‘mulut lepas’ tetapi diterima rakyat di sana.

Maka PAS yang yakin bahawa Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam genggaman mereka jadi tamak mahukan Selangor. Masalahnya Bersatu masih belum bersedia memberikan jawatan Menteri Besar kepada PAS yang dilihat mahukan segala-galanya. 

Logik Bersatu mudah iaitu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah bakal diterajui PAS, maka mereka mahukan Selangor, setidak-tidaknya ada sebuah negeri sebagai ‘base‘ Bersatu.

Apatah lagi negeri itu kaya-raya dan ini tentu mampu menjana pendapatan buat pemimpin-pemimpin mereka yang kini telah dibekukan akaunnya.

Di sinilah masalahnya timbul apabila PAS tidak faham logik Bersatu ini kerana bagi mereka jika mereka menang besar, jentera juga dari PAS, maka mereka perlu diberikan ganjaran jawatan hasil penat lelah yang dicurahkan. Apatah lagi Selangor, sebuah negeri yang kaya-raya maka rugi jika ia dilepaskan kepada Bersatu. 

Jika dahulu Bersatu boleh tawarkan jawatan lain namun kini segalanya terhad. Pertama kali mantera “scheme of things Mahiaddin” yang selama ini begitu ampuh dan menjadi senjata, kini gagal digunakan ke atas PAS.  

Kesimpulannya, PAS sepatutnya menunjukkan sikap sebagai sebuah ‘parti Islam’ – yang tidak berkehendakkan harta dan kuasa yang hakikatnya tiada apa-apa.

Mereka tidak sepatutnya berkeras dan bermati-matian mahu mendapatkannya kerana apa sahaja di dunia ini hanyalah sementara. Apa yang dikejar, dimiliki semuanya akan ditinggalkan apabila mati kelak.

Justeru itulah realitinya, sikap PAS ini hanya seperti anjing berebutkan tulang, hatta bersama rakan-rakan sendiri. Apapun, inilah bahananya apabila bekerjasama dengan PAS si ‘gold digger‘, takhta (kuasa) dan harta jualah yang direbutnya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts