TAWARAN PAS SERTAI KERAJAAN, REKAAN ATAU IGAUAN?

73
SHARES
237
VIEWS

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming menyifatkan dakwaan Presiden PAS Hadi Awang bahawa wujud tawaran untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan sebagai dongeng dan rekaan. 

Setakat ini tiada mana-mana pemimpin kanan yang membuat tawaran tersebut malah kabinet juga tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai isu PAS menyertai kerajaan ini.

Dalam perkembangan yang sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Fadillah Yusof juga telah menafikan dakwaan Hadi tersebut.

Justeru, adakah Haji Hadi cuba mereka-reka cerita dan berbohong dalam cubaannya menyertai kerajaan kerana semakin terdesak apabila akaun Bersatu dibekukan? Atau sememangnya wujud tawaran kepadanya yang masih dirahsiakan?

Jika tiada sebarang tawaran, tentu Hadi tahu dosa berbohong dan banyak celaan mengenai mereka yang suka menipu ini walau apapun alasannya. Malah salah satu tanda sifat munafik ialah jika berkata-kata, dia berdusta.

Apapun, hanya Haji Hadi yang tahu sama ada beliau berdusta ataupun tidak. Bagi menunjukkan beliau tidak berbohong, boleh sahaja kemukakan bukti tawaran atau perbincangan tersebut. Jika tidak, tentu Hadi tahu Nabi SAW mencela mereka yang suka berbohong ini hatta, untuk bergurau.

Atau sebenarnya Haji Hadi hanya mengigau dalam mimpi dan terlupa ia bukannya realiti. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts