POLIS SAHKAN KEMATIAN KOK THIAM SEBAGAI BIASA, TIADA UNSUR JENAYAH

339
SHARES
2k
VIEWS

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa kematian Kee Kok Thiam, sekutu penjenayah dalam buruan iaitu Low Jho, sebagai kematian biasa dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui. 

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan yang memberitahu bahawa kematian Kok Thiam ialah akibat tekanan darah tinggi di Hospital Sungai Buloh pada 29 Mei lalu.

Sebelum ini, mendiang disyaki menggelapkan wang daripada 1MDB dan SRC International, melalui akaun syarikat Wright Shaw Limited. Beliau ditahan sekembalinya dari Macau pada 3 Mei lepas kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Menurut laporan agensi berita Al Jazeera, Kok Thiam mengakui bertemu beberapa suspek 1MDB di Macau seperti Jho Low, Nik Faisal Ariff Kamil, Casey Tang, Eric Tan dan Geh Choh Heng.

Dalam perkembangan yang sama, penulis buku Billion Dollar Whale Bradley Hope berkata beliau percaya Jho Low kini berada di Shanghai, bukan di Macau seperti didakwa SPRM. Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/29601/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts