26 DIANUGERAH GELARAN TAN SRI SEMPENA HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

159
SHARES
513
VIEWS

Dari 839 individu yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 26 individu menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mendahului senarai penerima PSM, diikuti oleh 25 individu lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli serta bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Patmanathan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh turut menerima anugerah PSM yang membawa gelaran Tan Sri tersebut, diikuti oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad Dr Nik Norzul Thani N.Hassan Thani dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar. 

Turut dikurniakan PSM ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Darat Jeneral Mohammad Ab Rahman, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Dewan Negara Senator Anifah Aman serta komposer Dr Ahmad Khan Nawab Khan atau lebih dikenali sebagai Ahmad Nawab. 

Turut menerima anugerah semalam ialah Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Group Berhad Ng Hook, Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Berhad Gan Seong Liam, Pengerusi DPS Resources Berhad Sow Chin Chuan, Pengerusi Eksekutif Yuwang Group See Hong Cheen @ See Hong Chen dan Pengerusi Battersea Power Station Holding Company Limited Jaganath Derek Steven Sabapathy.

Selanjutnya, Pengerusi/Pengarah Perusahaan Sadur Timah Malaysia (Peristima) Berhad Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon, Pengarah Urusan Winfast Group of Companies Chee Chan Yau @ Cheah Chan Yau, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ming Heng Motor Sdn Bhd Koh Chui Ming dan Pengarah Urusan Cergas Murni Sdn Bhd Paul Latimer, turut dianugerahkan gelaran Tan Sri semalam. 

Turut menerima anugerah ialah Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad Datuk Seri Yeoh Choon San, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KK Land Group of Companies Kong Hoi Chieng, Pengarah Urusan Twin Arrow Fertilizer Sdn Bhd Lau Kuan Kam.

Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, yang sebelum ini partinya DAP menolak sebarang gelaran diberikan kepada pemimpin-pemimpinnya turut dianugerahkan gelaran tersebut semalam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts